Ketika netizen tengah hangat membincangkan konten Abang Bas yang dianggap berbaur manipulasi ke atas kanak kanak termasuk secara seksual, muncul satu lagi konten yang dianggap tidak beretika melibatkan kanak kanak.
Kali ini seorang wanita telah menggunakan anaknya untuk membuat konten POV suami isteri di platform TikTok.
Warganet tidak kisah jika konten tersebut dibuat dengan suami atau antara dua orang dewasa. Kerana banyak konten POV suami isteri yang lucu dan menghiburkan dibuat oleh beberapa netizen.
Tetapi warganet jelas tidak selesa apabila ibu tersebut menggunakan anak lelakinya sendiri untuk menjadi watak suami yang dilihat sedang terkejut melihat isterinya tiba tiba mahu memeluknya dan melarikan diri masuk ke dalam bilik.
Malah ada yang berpendapat bahawa konten seperti ini lebih teruk daripada konten Abang Bas.
Wanita tersebut dipercayai ibu tunggal dan banyak konten POV suami isteri dibuat dengan anak lelakinya sendiri.
Ramai yang menasihatinya agar memilih konten yang lain dan lebih kreatif untuk menarik perhatian umum.
Ada juga yang berkata: “Untuk akak buat konten POV suami isteri ini baik akak berkahwin dulu, barulah tiada isu.”
Seterusnya ada juga menganggap tindakan wanita itu seperti dia yang grooming atau memanipulasi anak lelakinya sendiri.
@dyaromantikalife SIAPA YANG SERONOK MACAM NI, BAIK NGAKU! Bila balik kerja tu tengok suami ada wudhuk sejuk je tangan ni nak batalkan wudhuk mereka.. Syaiton pun confius! π€£ #dyaromantikalife #happylife #happygolucky #suamiistri #cikgu #bajukurung #tudunginstant #fyp #fakesituationβ οΈ #dramatiktok
β¬ original sound – DYA ROMANTIKA LIFE – DYA ROMANTIKA LIFE
Netizen yang lain berpendapat, jika situasinya terbalik, melibatkan ayah dan anak daranya, buat konten seperti ini, pasti lebih cepat kena kutip.
Lantas mereka berharap influencer yang sudah mengumpul lebih 100 ribu pengikut itu juga ditahan dan dikenakan tindakan.
Hello polis π© @PDRMsia @MyJAKIM @realDrMAZA
Context: Lelaki tu anak dia tapi banyak buat content POV suami isteri. Ghisau wehh πππ
Aritu PDF, yg ni boleh mengundang puak2 i*c*st pulak takotttπ« pic.twitter.com/L5LkaDmUbE
— ifyouneedmebetterhurry (@faz_baek) September 13, 2024