Netizen tidak percaya melihat hadiah yang diberikan kepada pemenang cabutan bertuah sempena Honda Day Malaysia 2024.
Gimik untuk mempersembahkan hadiah utama juga penuh dengan suspen. Dan akhirnya ramai tergamam melihat kereta Honda yang catnya sudah pudar serta ditampal pelekat.
Laman Scrut Malaysia menulis: “Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah Honda Megi Day anjuran Remy Ampang. Ramai orang mesej Uncle kasitau hadiah kemenangan paling gempar dalam sejarah Honda Day Malaysia! Steady.
“Ramai yang berpuas hati dengan kejutan yang dibuat oleh Koperal Remy Ampang sampai mesej Uncle mengadu gembira sebab tak menang. Apa pun, kita kena bersyukur. Menang kalah cabutan bertuah, ucapkanlah alhamdulillah. Betul tak dak-dak Honda?”
Ada yang berkata: “Malulah dengan geng RXZ kalau macam ni.”
Kemudian warganet turut berkongsi tentang hadiah Toyota Vellfire yang ditawarkan pada RXZ Members yang lalu. Namun beliau menyindir: “Honda Day bawa pulang Honda, betullah bawa balik Honda.. Accord pula tu.”
Masa pemenang RXZ 6.0 bawa pulang Toyota Vellfire viral satu Malaysia. Hari ini viral pula pemenang Honda Day bawa pulang Honda, betullah bawa balik Honda.. Accord pula tu, kalau bawa balik Nissan Sentra tu namanya salah event. pic.twitter.com/ONahjSsR3n
— Muhamad Qalif (@MuhamadQalif) October 6, 2024
Netizen yang lain menegaskan bahawa, kalau iya pun nak bagi kereta lama, sekurang kurangnya cat la dulu dengan sebaiknya dan bukannya berikan kereta dengan cat kusam dan ditampal pelekat.
Ada juga yang menasihati sekurang kurangnya bampa depan kereta tersebut cat dulu sebelum bagi kepada pemenang.
Hadiah utama cabutan bertuah event Honda Day Malaysia 2024 katanya.
Kalau ye pun cat lah dulu bumper depan tu sebelum bagi kat orang. 🤣 pic.twitter.com/8MVzf4EiYV
— Amran Fans (@_AmranFans) October 6, 2024
Netizen juga merasakan Honda tersebut hanya dibeli dengan harga RM3,500 sahaja.
Ada yang menasihati kepada mereka yang tidak menang, agar tidak terlalu sedih kerana ada Honda ayah mereka yang sedia dilepaskan pada harga RM7,000 sahaja, dan masih berkilat.