Kadang-kala, objek yang berada di belakang pula menjadi perhatian berbanding juadah atau barang yang mahu dijual oleh peniaga.

Jika sebelum ini, kita ada abang lumba siput yang dikatakan terinspirasi membuat perlumbaan tersebut selepas siput sedut yang dibeli merayap di meja belakangnya ketika live di TikTok.

Terbaharu, seorang individu bernama Umie Qut dan bergelar peniaga turut berdepan situasi yang sama apabila orang ramai lebih berminat dengan kereta di latar belakangnya berbanding barang yang mahu diniagakan di satu hantaran grup Bandar Baru Bangi Community (BBBC).

Situasi lucu dikongsikan oleh individu terbabit di hantaran tersebut di mana niatnya mahu mempromosi gerai jualan makanan di sekitar penjiranan rumahnya namun lain pula yang dibincangkan netizen pada ruangan komen.

“Hari tu saya post promosi niaga, tapi lain pulak yang orang dok sembangkan di ruangan komen. Mata orang lelaki ni nampak aje yer,” tulisnya di hantaran tersebut.

Dia mendapati situasi itu sebagai sesuatu yang lucu dan berseloroh berkongsi gambar yang lebih jelas buat peminat kereta JDM tersebut sambil mempromosi makanan dan minuman yang dijual seperti biasa.

Niat Nak Promosi Makanan, Kereta Evo Di Belakang Curi Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB Umie Qut
Niat Nak Promosi Makanan, Kereta Evo Di Belakang Curi Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB Umie Qut

Malah, dia sedia ‘payung’ beberapa gambar bahagian hadapan kereta  pula pada hantaran kali ini selepas menjadi perhatian pada hantaran yang dibuat sebelumnya.

Hantaran lucu berkenaan telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan dan menerima pelbagai komen positif oleh para netizen.

Ramai juga bersetuju yang mereka lebih tertarik dengan kereta Evo yang diparkir pada latar belakang dan berseloroh minta untuk membuat promosi naik kereta Evo selepas berbelanja pada satu jumlah tertentu.

Dalam masa sama, sebahagian netizen mendakwa dengan adanya kereta Evo di latar belakang memberikan keunikan tersendiri dan bakal menjadi pelaris terbaik untuk mempromosi jualannya.

Niat Nak Promosi Makanan, Kereta Evo Di Belakang Curi Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB Umie Qut
Niat Nak Promosi Makanan, Kereta Evo Di Belakang Curi Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB Umie Qut

Perkara ini terbukti kerana ramai yang berminat untuk datang membeli selepas perkongsian itu.

Tidak cukup itu saja, ada sebahagian pelanggan yang pernah membeli di gerainya juga mendedahkan bahawa air dan makanan yang jual sedap belaka dan menjemput orang ramai untuk mencubanya selain boleh mencuci mata lihat kereta JDM itu.