Selepas pelancaran kasut Sean Wotherspoon’s Air Max 1/97 , Nike kini turut menampilkan padanan topi dan baju dengan rekaan yang sama. Padanan ini bagaikan pelengkap kepada mereka yang memiliki kasut edisi tersebut.
Baju crewneck yang direka khas dalam edisi tersebut tampil dengan rekaan yang amat ringkas, berwarna putih dan dihiasi dengan logo Nike mengikut padanan warna kasut di bahagian pinggang baju tersebut.
Topi strap back yang turut dilengkapi dengan warna-warna dari kasut tersebut tampak bergaya dan begitu melengkapi jika digayakan dengan padanan kasut dan baju.
Gambar yang dimuat naik oleh Sean Wotherspoon sendiri di laman sosial Instagramnya menunjukkan set lengkap edisi tersebut yang dipakainya tanpa membuatkan ketiga-tiga produk tersebut overshadow antara satu sama lain.
Baju dan topi ini masih belum dijual secara atas talian oleh Nike dan kerap-keraplah ke nike.com jika mahu membeli dua perhiasan ini.