Roger Federer sememangnya nama yang bintang tenis yang tidak asing lagi dengan jenama Nike. Baru-baru ini Nike telah menghasilkan kasut yang terbaik, sempurna dan istimewa khusus Roger Federer iaitu NikeCourt Vapor RF x Air Max 95 ‘Greedy’.

Edisi terhad Federer ini dihasilkan daripada gabungan model Nike Court Air Zoom Vapor X yang terbaru rekaan elegan dan klasik dari Air Max 95. Untuk keluaran pada kali ini, Nike telah memilih warna seakan warna bola tenis di dalam tapak kasut. Selain itu terdapat warna hitam pada bahagian atas dan tepi bersama rekaan AM95.

NikeCourt Vapor RF x Air Max 95 “Greedy” bakal mula dijual 20 Mac ini di laman Nike.com dengan harga $180 (RM 702.63). Buat anda yang berminat kami nasihatkan anda standby di hadapan laptop dan sediakan internet dengan kelajuan yang tinggi kerana kasut ini mungkin habis dijual dalam beberapa minit sahaja berikutan pengeluaran yang terhad.

nikecourt-vapor-rf-air-max-95-greedy-2

nikecourt-vapor-rf-air-max-95-greedy-3

nikecourt-vapor-rf-air-max-95-greedy-4

nikecourt-vapor-rf-air-max-95-greedy-5