Ingin mencari makanan western yang berpatutan dan sedap? Kami syorkan anda ke restoran Chop N Steak yang terletak di Seri Kembangan ini. Ada orang kata terletak di Serdang. Dua-dua pun boleh ye.

stesal

Kami ke restoran ini pada sebelah malam dan sampainya kami di sana, restoran ini telah dipenuhi dengan pelanggan. Memang restoran ini terkenal di kalangan penduduk tempatan yang inginkan makanan western kerana harganya sangat berpatutan.

12182240_10207706935008645_927991929_n

BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western

Suasana dalam kedai ini sangat menarik. Keseluruhan binaannya terdiri daripada kayu. Seperti masuk ke rumah Melayu lama.

Di pintu masuk restoran ini diletakkan vespa berwarna merah dan menambahkan daya tarikan restoran ini.

12181971_10207706937248701_1683785885_n

12188598_10207706925128398_492847329_n

12178175_10207706940168774_1189506715_n

BACA: Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat

Kami membuat pesanan rib’s steak, smoke salmon, garlic bread dan mushroom soup.

Pinggan yang dihidangkan untuk kesemua hidangan adalah sangat besar. Portionnya pun banyak.

Untuk rib’s steak, dihidangkan dua kepingan daging dengan sos blackpepper, kacang panggang, roti, coleslaw dan kentang rebus.

Rasa sos blackpepper memang sedap cuma bagi kalau lebih pekat sedikit mesti lebih sedap. Dagingnya lembut, mudah dipotong dan senang dihadam.

12180084_10207706928168474_574573021_n

12182068_10207706929208500_349168802_n

BACA: Steak Wagyu Dan Minuman Free Flow Di Restoran Me’nate Steak Hub Starparc Point

Untuk smoke salmon pula dihidangkan dengan ikan salmon bersama hirisan limau, sos mayonis bercampur bawang, kacang panggang, kentang goreng, kentang rebus, roti dan coleslaw.

Kami syorkan anda perahkan limau ke atas ikan kemudian cicahkan ke dalam sos mayonis. Apabila masam mayonis dan masam limau bertemu, rasa ikan salmon menjadi lebih lemak dan sangat sedap.

12179232_10207706931368554_1548435591_n

12179363_10207706930008520_1091230939_n

Kemudian kami cuba pula mushroom soup dan garlic bread yang dipesan tadi. Rasa garlic bread yang dicicah dengan sup cendawan memang sedap. Kalau sup cendawan itu lebih pekat kuahnya pasti lebih terangkat.

12177745_10207706925688412_944472780_n

12179172_10207706926248426_806778755_n

Jadi kepada yang teringin menikmati masakan western yang sedap dengan harga berpatutan, kami syorkan anda ke restoran ini.

Nama gerai : Restoran Chop N Steak
Lokasi : 20, Jalan 6/10, 43300 Seri Kembangan, Selangor (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:00 pm – 2:00 am

Selain daripada itu, sekiranya anda ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke https://chamo.my di Seri Kembangan.

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo:
Telefon: +60172828089
Alamat: 118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Bacaan lain berkaitan makan yang perlu anda tahu.

Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

Langkah Demi Langkah Bagaimana Makan Nando’s Dengan Lebih Seronok