Buat peminat automotif, kami yakin anda pastinya sudah cukup kenal dengan enjin ikonik dan cukup terkenal keluaran Nissan ini iaitu enjin RB26. Siapa sangka selepas 15 tahun ditamatkan pengeluaran, Nissan mengumumkan mereka bakal mengeluarkan semula enjin ini.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1984, enjin ini berjaya menjadi saingan dekat buat Toyota Supra yang menggunakan enjin 1JZ dan 2JZ. Ketahanannya serta penguasaan enjinnya yang hebat membolehkan enjin ini dimodifikasi sehingga mampu mencapai 1,000 kuasa kuda.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

maxresdefault

Difahamkan pengeluaran enjin ini cuma ditawarkan buat pasaran Jepun serta beberapa negara terpilih. Walaubagaimanapun, melihat kepada kegilaan peminat JDM, tidak mustahil enjin ini bakal diimpot kepada mana sahaja negara peminatnya berada.

Sumber