Pemilik JDT, Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan TMJ, memberikan komen yang ringkas tentang kejayaan pasukannya bergelar juara Piala FA buat kali keempat.

JDT jelas berada di kelas tersendiri dan sukar digugat dalam aksi final ini. Walaupun pada satu ketika Selangor tampak mampu memberikan persaingan dan menjadikan kedudukan 1-2.

Tetapi selepas itu JDT memacu laju dengan gear tinggi dan membantai Selangor 6-1 pada masa penuh.

Watak paling penting dalam JDT, TMJ turun meraikan kejayaan bersama sama dengan pemainnya. Dan TMJ sempat berseloroh dengan wartawan.

Di mana TMJ meminta mikrofon daripada wartawan penyiar rasmi Piala FA 2024 lalu beliau berkata: “No comment.”

Komen tersebut sangat signifikan dengan kejayaan JDT dalam Piala FA 2024. Setelah wakil jurulatih dan pemain mereka mengambil pendekatan pasif dalam sidang media sebelum perlawanan.

Di mana mereka memberikan komen yang agak pendek termasuk ‘no comment’.

JDT menewaskan musuh utama mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini, Selangor dalam aksi final Piala FA 2024.

JDT menang besar dengan pesta kenduri gol 6-1 membelasah pasukan Selangor.

Pengendali Selangor, Nizam Jami jelas tidak gembira dengan kekalahan terlalu besar dirasai oleh Selangor dalam final kali ini.

Bintang JDT, Juan Muniz mencetak hatrik dalam aksi final yang akan diingati olehnya buat selama lamanya.

JDT masih ada misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super selepas ini setelah aksi Piala FA sudah pun rasmi berakhir dengan kejayaan pasukan dari Selatan tanah air itu.