John Obi Mikel hentam Jamie Carragher yang dianggap memandang hina Piala Afrika atau Piala AFCON.
John Obi Mikel hentam Jamie Carragher yang dianggap meremehkan Piala AFCON sebagai kejohanan kecil.
Ianya selepas bekas pemain pertahanan Liverpool itu menganggap Mohamed Salah tidak berkelebihan dalam persaingan Ballon d’Or kerana dia bermain dalam Piala AFCON.
Menurut Carragher pertimbangan untuk AFCON tidak sama dengan kejohanan antarabangsa lain seperti Euro atau Copa America dalam pemilihan pemenang Ballon d’Or.
Mo Salah ketika ini dianggap antara calon pemenang Ballon d’Or musim hadapan kerana prestasi luar biasanya. Namun Carragher menegaskan bahawa Mo Salah sentiasa tidak ada kelebihan berbanding pemain yang memenangi kejohanan serantau yang lain.

Micah Richards dan Daniel Sturridge sama sama tak setuju dengan Carragher. Kerana menurut mereka, Piala AFCON sama penting seperti Euro atau Piala Dunia.
Rio Ferdinand turut membidas kenyataan Carragher itu. Terbaru Obi Mikel hentam Carragher dengan kata kata kesat kerana sangat geram dengan pundit tersebut.
Obi Mikel hentam Jamie Carragher sebagai pundit tak sedar diri
Jon Obi Mikel hentam Jamie Carragher habis habisan, dan melabel dia sebagai pundit tak sedar diri.
Mikel berkata: “Piala Negara Negara Afrika adalah sama besarnya dengan Euro. Saya pernah bermain dalam kejohanan itu dan memenanginya. Dia tidak layak untuk menghina AFCON.
“Dia duduk di sana [sebagai pundit] setiap minggu mengajar dan memberitahu orang cara memenangi Liga Perdana Inggeris, yang mana dia tak pernah menang pun.
“Dia boleh berambus. Dia tak pernah menang Liga Perdana Inggeris. Dia analisis pasukan lain dan memberitahu mereka cara memenangi piala yang kamu tak pernah menang pun.

“Kamu tak tahu apa yang diperlukan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris atau memenangi piala untuk pasukan kebangsaan kamu. Dia boleh berambus, dia tak pernah menang apa apa pun.”
Menurut Mikel lagi, jika bola sepak Afrika diurus dengan lebih baik, pemain pemain Afrika tak akan terhegeh hegeh mahu bermain di Eropah.
“Jika segalanya terurus, disusun dengan betul. kamu rasa pemain pemain dari Afrika akan datang ke Eropah untuk bermain bola sepak? Tidak!,” tuntasnya.
John Obi Mikel talking about Carragher saying that AFCON isn’t a major tournament…
🗣️”HE CAN F*CK OFF, he’s never won anything”😡 pic.twitter.com/yMMIJJRqI5
— The 44 ⚽️ (@The_Forty_Four) February 27, 2025
Jamie Carragher mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa komennya telah disalah tafsir dengan teruk.
Namun rata rata peminat mengecam Carragher kerana cuba merendah rendahkan AFCON yang dianggap sama taraf dengan Euro, Copa America dan Piala Dunia.
Mereka puas hati Obi Mikel hentam Jamie Carragher dengan kata kata yang penuh pedas dan panas.