Anda biasa pakai atau nampak selipar jelly? Selipar jenis ini banyak digunakan di tandas dan kawasan yang licin kerana mampu memberi cengkaman yang lebih.
Baru-baru ini, jenama terkemuka Off-White™ menghasilkan selipar jelly versi mereka dan ianya nyata menarik perhatian pengguna. Selipar ini hadir dengan 3 pilihan warnan iaitu warna hitam, biru dan hijau. Seperti biasa, rekaan ikonik ‘zip-tie’ turut menghiasi kasut ini di samping tulisan Off-White™ pada bahagian atas selipar ini.
https://www.instagram.com/p/BraqgELhFqw/?utm_source=ig_embed
Selipar jelly ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen kerana tahun lalu, Puma turut menghasilkan selipar jelly untuk Koleksi PUMA x Rihanna ‘Fenty’. Ramai yang beranggapan jika Rihanna baru sahaja mengenali selipar jelly ini, penduduk di Asia sudah memakainya berpuluh tahun lebih awal.
OMG, @rihanna is dropping Fenty @PUMA Jelly Slides. https://t.co/nSDapCf0Hq pic.twitter.com/VS2W9izarK
— Hypebae (@hypebae) April 19, 2017
Ianya sudah boleh dibeli di laman rasmi Off-White™ dengan harga (€169 ~RM800). Jika anda tidak mahu belanja lebih, boleh sahaja ke mana-mana kedai kasut dan membeli selipar jelly buatan China dengan harga bawah RM30.