Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjadi mangsa pukul di Pasar Tani, Padang Astaka, Chukai pada Jumaat lalu mendapat tajaan dari salah satu syarikat terkemuka dalam negara.

Memetik laporan Sinar Harian, syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menghadiahkan pakej umrah kepada mangsa iaitu Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, isterinya, Faridah Abdul Karim, 44 dan anak lelaki mereka, Ahmad Fakhrie, 19.

Baca Juga:

Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin menghadiahkan pakej umrah tersebut melalui panggilan video kepada Faridah pada Isnin lalu. Ibrahim juga meluahkan rasa simpati terhadap mangsa sekaligus menyatakan hasratnya untuk menghadiahkan pakej umrah kepada mereka bertiga.

Susulan kes pukul OKU yang terjadi, pihak polis telah menaham seramai enam suspek setakat ini dimana lelaki yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun.

“Pihak polis sedang menyiapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut dan kita minta orang ramai tampil bagi membantu polis,” kata Pemangku Ketua Polis daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar

Sementara itu, Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap suspek keenam bermula hari ini.

Sharifah Amirda Shasha turut membenarkan reman terhadap suspek keempat yang berusia 32 tahun disambung dua hari lagi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tani tersebut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan itu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh lalu bertaburan di atas jalan.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah telah bertindak memukul mangsa.

Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak pagi Jumaat.