Oliver Glasner mencipta sejarah gemilang bersama Crystal Palace dengan membantu kelab itu memenangi trofi major pertama mereka. Tahukah anda, untuk sampai ke tahap yang ada sekarang, Glasner melalui banyak cabaran dan liku kehidupan.

Oliver Glasner lahir pada 28 Ogos 1974 di  Salzburg, Austria. Beliau memulakan kerjaya bola sepak sebagai pemain pertahanan dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya bersama SV Ried, sebuah kelab kecil di Austria, dengan lebih daripada 500 penampilan.

oliver glasner

Sebagai pemain bola sepak, Glasner bukan nama besar, namun dari muda dia pemain yang konsisten berdisiplin dan memiliki nilai kepimpinan yang kuat.

Pendarahan otak membunuh karier

Pada 2011, Glasner dilanda kecederaan serius di kepalanya. Dan menyebabkan pendarahan otak. Ianya memaksa Glasner menjalani pembedahan kecemasan.

Oliver Glasner: Kisah 'Survivor' Pendarahan Otak Jadi Protege Rangnick Yang Membimbing Crystal Palace Menjulang Trofi Pertama

Detik ngeri itu bukan sahaja hampir meragut kariernya malah nyawanya.

Mengenang kembali detik hampir mati itu, Glasner berkata: “Saya bersyukur kerana masih hidup. Bola sepak bukan lagi perkara paling penting.”

Dia kemudian bersara daripada bola sepak. Oleh kerana cintanya kepada bola sepak sangat mendalam, dia mengalihkan kariernya kepada bidang kejurulatihan.

Semangatnya tidak pernah pada. Pada awal penglibatannya dalam dunia kejurulatihan, dia menjadi pengalaisis video taktikal unntuk tactician ulung Ralf Rangnick di Red Bull Salzburg.

glasner rangnick

Ragnick yang dianggap bapa gegenpressing dan bola sepak moden di Jerman, sangat kagum dengan dedikasi dan bakat Glasner.

Dari sini dia banyak belajar tentang taktikal berasaskan high pressing, tempo tinggi dan counterpressing.

SV Ried – bekas kelabnya – menagih khidmatnya. Dan dia menerima tawaran tersebut sebagai permulaan karier pengurusan. Namun kemudian dia bersama dengan kelab lebih besar iaitu LASK Linz. Di sini dia mulai menonjol.

Mana tidaknya, dia membawa LASK dari divisyen 2 naik ke Bundesliga Austria. Kemudian membantu kelab itu layak ke pertandingan Eropah.

lask
26.05.2019, TGW Arena Pasching, AUT, tipico Bundesliga, LASK Linz vs FK Austria Wien, im Bild Oliver Glasner, Trainer Lask Linz (Lask)

LASK mulai dikenali dengan gaya permainan menyerang dan agresif.

Pada 2019, dia dipinang oleh VfL Wolfsburg dan berjaya membawa pasukan itu ke Liga Juara Juara Eropah.

Oliver Glasner: Kisah 'Survivor' Pendarahan Otak Jadi Protege Rangnick Yang Membimbing Crystal Palace Menjulang Trofi Pertama

Seterusnya dia menyertai Eintracht Frankfurt yang dianggap kemuncak kepada kariernya setakat ini.

Dia membantu Frankfurt menjuarai Europa League pada 2022 dengan menewaskan Rangers pada aksi final. Menjadikan ia trofi eropah pertama Frankfurt dalam 40 tahun.

oliver glasner

Memiliki gaya pengurusan pasukan yang hebat serta sentiasa rapat dengan penyokong membuatkan Glasner sangat disenangi.

Sertai Crystal Palace

Tidak lama selepas itu, pada 19 Februari 2024 dia menyertai Crystal Palace, kelab Liga Perdana Inggeris yang tidak pernah memenangi sebarang trofi.

glasner palace

Dia menggatikan Roy Hodgson yangg meletakkan jawatan pada hari yang sama dia dilantik. Glasner setuju dengan konterak sehingga 2025/26.

Glasner meraih kemenangan pertamanya sebagai pengurus apabila Crystal Palace menewaskan Burnley 3–0 di Selhurst Park pada 24 Februari.

Pada 14 April, beliau memperoleh kemenangan pertama di tempat lawan apabila Palace menamatkan rekod tanpa kalah 29 perlawanan Liverpool di Anfield dengan kemenangan 1–0.

Pada 6 Mei, beliau mengetuai Palace mencatat kemenangan 4–0 ke atas Manchester United di Selhurst Park, sekaligus melengkapkan dua kemenangan liga (home and away) pertama mereka ke atas kelab itu dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Oliver Glasner mulai menjadi nama yang diberikan perhatian oleh peminat EPL dan pundit.

Pada hari terakhir musim tersebut, Palace menang besar 5–0 ke atas Aston Villa di tempat sendiri, menyamai kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Perdana mereka.

Paling menarik, Oliver Glasner sendiri menyatakan dia yakin akan membantu kelab itu memenangi trofi pertama mereka, dengan kualiti pemain sedia ada. Namun tidak ramai yang benar benar percaya dia mampu melakukannya.

Palace menamatkan musim dengan 6 kemenangan dalam 7 perlawanan terakhir, menyamai jumlah mata tertinggi mereka dalam Liga Perdana iaitu 49 mata, memenangi 4 perlawanan berturut-turut di tempat sendiri buat kali pertama, dan menamatkan musim dalam kedudukan 10 terbaik buat kali kedua dalam era Liga Perdana Inggeris.

Juara Piala FA

Pada 26 April 2025, Oliver Glasner membawa Crystal Palace ke perlawanan akhir Piala FA ketiga dalam sejarah kelab, selepas menewaskan Aston Villa 3–0 di Wembley.

Palace kemudiannya memenangi Piala FA buat kali pertama selepas menewaskan Manchester City bimbingan Pep Guardiola dengan skor 1–0 dalam perlawanan akhir, sekaligus meraih trofi utama pertama dalam sejarah kelab itu.

Oliver Glasner sekali lagi membantu pasukan bimbingannya ke pentas Eropah. Menjadikan dia kini antara pakar yang membawa pasukan ke Eropah.

Jadi, apa yang boleh kita pelajari, tragedi dan kegagalann itu boleh menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih besar di dalam hidup.