Biasalah terkadang kita berada di tempat asing dan tidak mengetahui sesuatu perkara yang biasa dilakukan oleh warga setempat seperti pasar malam dan seumpamanya.
Seperti seorang lelaki ini telah berkongsi pengalaman keretanya yang diletakkan di sebuah lokasi namun tidak mengetahui ada aktiviti pasar malam di petang hari.
Di dalam teks video, dia menerangkan dirinya baru pertama kali berada di kawasan itu dan tidak mengetahui akan keberadaan pasar malam.
“Ini pertama kali parking di sini dan saya tidak tahu ada pasar malam,” tulisnya.
Malah, dia agak takut pada mulanya untuk beredar ekoran sudah mengganggu ruang perniagaan tersebut.
Difahamkan kejadian itu berlaku di stesen 18 yang terletak di Ipoh, Perak dan menariknya warga peniaga tidak memarahi lelaki itu sama sekali meskipun tidak sempat mengalih kereta sewaktu aktiviti jualan sedang bermula.
Di dalam video berkenaan, kelihatan para peniaga sedia membantu lelaki terbabit untuk beredar dengan memberi panduan memandangkan ruang laluan yang terhad.
Seorang demi seorang berganding bahu memberi arahan dan ada yang mengalihkan barangan atau tiang khemah demi melancarkan proses si pemandu melalui jalan tersebut.
Dalam pada itu, di ruangan komen, dia dedah sudah memaklumkan kepada pihak peniaga yang dirinya mahu tinggalkan kereta berkenaan dan selepas selesai baru ambil semula susulan tidak mahu menyusahkan warga peniaga.
Tetapi salah seorang peniaga tampil meminta dia untuk bergerak sahaja dan sudi bantu memimpin lelaki itu keluar dengan selamat.
@lex_smile_always Terima kasih atas tolongan ❤️ #pasarmalam #station18ipoh
Tindakan murni yang ditunjukkan oleh warga peniaga di Stesen 18 itu sememangnya meraih pujian netizen dan ramai percaya rakyat di sana tersangat baik dan ramah.


Dalam masa sama, ramai juga meluahkan bakal memberi sokongan kepada semua peniaga dengan membeli barangan mereka apabila berpeluang mengunjunginya di masa depan.