Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof membuat pendedahan yang mengejut apabila mendakwa bahawa golongan kaya terutamanya T20 di Malaysia menghantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk mengajar tentang kesukaran hidup.
Beliau berkata alasan golongan kaya ini menghantar anak ke sana kerana melihat institusi tersebut sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, ditambah pula kos untuk menghantar anak ke sekolah swasta menelan belanja beribu ringgit.
Baca Juga:
- Golongan T20 Di Malaysia Perlukan RM3.9 Juta Wang Untuk Bersara Dengan Tenang
- Hidup Sederhana Tapi T20, Gaji SpongeBob Di Krusty Krab Sebenarnya RM8,700 Sebulan
Bercakap di dalam Wacana Sinar bertajuk ‘MRSM untuk B40’, Fadzil turut mencadangkan agar golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Terdahulu rakyat Malaysia mengkritik golongan kaya yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh dan mendakwa mereka telah mengambil hak anak-anak orang miskin yang mahu mengubah hidup mereka.
Selain itu, rakyat Malaysia melihat golongan T20 sepatutnya menghantar anak ke sekolah swasta kerana mereka mampu.