Lembah Klang mencatatkan jumlah kes tertinggi setiap suku tahun dengan Q3 2024, lebih 3,000 kes penipuan parcel dilaporkan,  angka ini meningkat 49.22% berbanding suku tahun yang sama pada 2023, lapor data yang dikeluarkan oleh Ninja Van Malaysia.

Namun, masalah ini bukan hanya tertumpu di bandar besar.

Dibahagian selatan tanah air mencatatkan peningkatan lebih 150% antara Q3 2023 dan Q3 2024.

Di bahagian utara pula turut menunjukkan lonjakan kes.

Di pantai Timur, walaupun pada mulanya mencatat angka rendah, menyaksikan peningkatan drastik 160% sepanjang tahun lepas.

Penipuan COD semakin menjadi-jadi kerana sistem ini bergantung sepenuhnya pada pembayaran tunai semasa penghantaran.

Ini memberi peluang kepada penjenayah untuk mengeksploitasi pengguna, lebih-lebih lagi semasa musim jualan sibuk seperti 11.11 atau 12.12.

Orang Lembah Klang Paling Banyak Kena 'Scam', Lapor Data

Scammer akan mempromosikan barangan murah atau kononnya “diskaun gila-gila” untuk memancing pembeli.

Apabila parsel sampai, ramai mangsa akan membayar tanpa memeriksa dengan teliti.

Untuk membantu pengguna di Lembah Klang dan seluruh Malaysia, Ninja Van Malaysia menyarankan langkah-langkah berikut bagi mengelak daripada menjadi mangsa:

Semak Review Penjual: Lihat ulasan dan penilaian pelanggan lain. Kedai yang dipercayai selalunya mempunyai maklum balas pembeli yang disahkan.

Periksa Keselamatan Laman Web: Pastikan laman web menggunakan URL “https://” dan simbol kunci untuk sambungan selamat.

Buat Penyelidikan: Cari nama penjual dengan kata kunci seperti “scam” atau “penipuan” di internet.

Bandingkan Harga: Jika harga terlalu murah, ia mungkin helah penipuan. Bandingkan harga di platform lain untuk kepastian.

Sahkan Maklumat Pesanan: Sebelum menerima parsel COD, pastikan maklumat penghantar dan produk sama dengan pengesahan pesanan anda.

Berwaspada Dengan Parsel Tidak Dipesan: Jika anda menerima parsel yang tidak dipesan, tolak bungkusan itu. Scammer sering bergantung pada kekeliruan anda.

Sahkan Melalui Saluran Rasmi: Semak status penghantaran melalui aplikasi atau laman web rasmi Ninja Van. Jika ragu-ragu, hubungi pasukan sokongan.