Salah seorang wartawan Amerika Syarikat memberitahu presiden China, Xi Jinping bahawa lawatan beliau ke Malaysia hanyalah sia-sia.
Wartawan yang dimaksudkan ialah Bill O’Reilly dimana dalam satu rancangannya Bill berkata beliau tidak mengerti mengapa Presiden Xi melawat tiga negara Asean.
Baca Juga:
- ‘Mastermind’ Penyeludupan Cip NVIDIA Dari Malaysia Ke China Akhirnya Diketahui
- Golongan Maha Kaya China Kini ‘Serbu’ Beli Hartanah Mewah Di Malaysia, Apa Sebabnya?
- ‘Mereka Komplot Nak Jatuhkan AS’ – Ini Komen Trump Lihat China Datang Ke Malaysia
Presiden Xi melawat Malaysia selama tiga hari dan lawatan ini nyata mendapat perhatian dari kuasa besar dunia termasuk Amerika.

Bill Anggap Orang Malaysia Tidak Berduit
"The Malays don't have any money".
Omputeh bau tanah ni pandang hina Malaysia, Vietnam dan Cambodia.
Ko mampos je lah, bodoh.
I haven't detested Americans this much with the way they look down on us Southeast Asians. pic.twitter.com/wgjqJ2CVgZ
— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ (@iamjoelee) April 16, 2025
“Mari kita bercakap mengenai tarif. Presiden Xi Jinping melawat tiga negara iaitu Vietnam, Kemboja dan Malaysia.
“Hei presiden, biar saya kongsikan dengan anda. Mereka ini bukannya orang berduit. Mereka tidak mampu untuk membantu atau membeli barangan awak.
“Saya tak tahu mengapa anda pergi ke negara ini. Mungkin anda nak bawa masuk barangan China dengan menggunakan nama Vietnam.
“Tetapi perkara itu mudah untuk diketahui. Jadi saya tak faham apa niat anda. Kalau China kehilangan pasaran Amerika, anda akan berada dalam keadaan sukar.
“Ini kerana kami yang ada duit. Kami yang akan beli barangan anda. Orang melayu takkan beli barang China sebab mereka tiada duit,” kata Bill.
Tindakan sombong Bill ini nyata mendapat kritikan pedas dari rakyat Malaysia di laman media sosial dimana ramai yang menganggap wartawan itu sebagai orang yang ‘cetek ilmu’ dan bongkak.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, melontarkan satu kenyataan yang cukup pedas mengenai hubungan diplomatik China dan negara-negara ASEAN.
“Saya tak salahkan China. Saya tak salahkan Vietnam. Saya tak salah (negara ASEAN). Tapi bila mereka bertemu seperti itu, bukankah itu menarik? Ia seperti satu mesyuarat untuk cari cara bagaimana nak kenakan Amerika Syarikat,” katanya.