Dalam ramai-ramai yang suka claim ‘paling fluent’, rupa-rupanya orang Perak yang menang besar.
Berdasarkan laporan rasmi dari EF English Proficiency Index (EF EPI) 2024, negeri Perak mencatat skor tertinggi dalam kebolehan berbahasa Inggeris di seluruh Malaysia — dengan markah 585, meletakkan negeri ini sebagai No. 1 di negara kita.
Bukan sembarangan ranking, EF EPI ini merupakan indeks antarabangsa yang menilai kecekapan berbahasa Inggeris orang dewasa di lebih 100 negara.
Tahun ini, Malaysia menduduki tangga ke-26 dunia, dan ketiga di Asia — selepas Singapura dan Filipina.
Negeri-Negeri Terbaik Bahasa Inggeris Selain Perak (Malaysia 2024)
- Perak – 58
- Kedah – 58
- Pulau Pinang – 583
- Pahang & Sarawak – 580
- Selangor – 575
Mungkin ramai tak sangka Kedah pun berada di tangga kedua, berkongsi skor dengan Pulau Pinang.
Tapi tumpuan tetap pada Perak — negeri yang lebih dikenali dengan loghat “manja” Ipoh, rupanya penuh bakat berbahasa antarabangsa.
Bagaimanapun, bila ditapis mengikut bandar, Shah Alam (598) muncul paling cemerlang, diikuti Kota Bharu (585) dan Kuala Lumpur (584).
Secara keseluruhan, Malaysia masih menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam ranking dunia.
Skor purata negara kita ialah 566, jauh mengatasi purata global (477) dan berada di kedudukan ketiga di Asia.
Kita cuma di belakang Singapura dan Filipina, dua negara yang memang dikenali sebagai negara “English first”.
Tapi bila tengok data EF EPI tahun demi tahun, Malaysia konsisten berada di tangga atas.