Sebelum ini, Oreo dikatakan bakal tampil dengan bungkusan istimewa sempena musim akhir siri Game of Thrones. Baru-baru ini, Oreo berkongsi corak biskut oreo khas direka yang akan dikeluarkan bersama bungkusan istimewa tersebut.

Menariknya, biskut oreo edisi khas itu akan diukir dengan logo yang melambangkan 4 kerajaan iaitu House Lannister, House Targaryen, House Stark dan The Night King. Pastinya anda tidak sabar untuk mendapatkan ia.

Lebih menarik, anda kini boleh dapatkan Oreo tersebut di semua cawangan Oreo mulai 8 April 2019. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Oreo dan Facebook Oreo.

Baca lagi: Oreo Hasilkan Bungkusan Edisi Khas Sempena Musim Terakhir Game Of Thrones