Pengendali Buriram United, Osmar Loss Viera menegaskan pasukannya tidak gentar apabila menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan pusingan 16 pasukan terakhir AFC Champions League (ACL) Elite.

Dalam satu sidang media sebelum perlawanan, Osmar yakin anak-anak buahnya mampu untuk memberikan cabaran sengit kepada pasukan lawan yang bakal diperkuatkan beberapa bekas pemain La Liga.

Baca Juga:

Osmar Loss Viera Tidak Gentar Dengan Pemain Baharu Lawan

Osmar Loss Viera
Osmar Loss Viera
“Setiap perlawanan adalah berbeza meskipun berdepan pasukan yang sama pada musim yang sama. Mereka menandatangani pemain baru, kami juga membawa masuk tonggak baru.
“Kami bersedia mengharungi aksi pertama ini kerana dimainkan di tempat sendiri. Kami memiliki kekuatan tersendiri dibantu sorakan gemuruh penyokong selain kelebihan tertentu,” kata Osmar Loss Viera.
JDT pada mulanya dijadualkan bakal berdepan kelab Korea iaitu Gwangju, namun selepas hukuman melibatkan Shandong Taishan telah memberikan peluang buat wakil negara itu naik ke tangga ketiga kumpulan.

Pada aksi peringkat kumpulan tempoh hari, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim dimana aksi dicemari dengan layangan tiga kad merah.

 

Menarik untuk disaksikan perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan pastinya mahu mara ke suku akhir dalam usaha merintis saingan lebih mencabar di Arab Saudi nanti.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dimana menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM44,699,195.03) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM17,879,678.01).

Osmar Loss Viera
Sumber Gambar: JST

Menurut kenyataan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), setiap pasukan yang bersaing dalam ACL Elite 2024/25 akan menerima $800,000 (RM 3,553,705.42)sebagai bayaran bonus penyertaan.

Bagi setiap perlawanan di peringkat kumpulan, bonus prestasi sebanyak $100,000 akan diberikan kepada pasukan yang meraih kemenangan.

Susulan dengan empat kemenangan yang diraih iaitu ketika bertemu Shanghai Shenhua, Ulsan Hyundai, Central Coast Mariners dan Pohang Steelers , ini bermakna JDT telah menerima bonus prestasi sebanyak $400,000 (RM1,776,959.68)

Selain itu, kemaraan ke pusingan 16 pula menyaksikan skuad Harimau Selatan menerima tambahan dana sebanyak $200,000 (RM888,516.19).

Daripada tiga nilai yang dinyatakan, jumlah keseluruhan yang diterima setakat ini oleh JDT setakat peringkat kumpulan dan mara ke pusingan 16 ialah sebanyak $1,400,000 (RM6,219,474.11)