Trend Pacu Jalur tular di kalangan pencipta kandungan dan juga bintang bola sepak di laman TikTok ketika ini.
Akaun milik content creator ternama dan juga beberapa kelab besar di Eropah seperti AC Milan dan PSG memuat naik video dengan menggunakan trend tersebut.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA
- TikTok Bakal Jadi Milik US? Donald Trump Dakwa Ada Sekumpulan Orang Kaya Raya Akan Beli
@psg His aura made it all the way to Paris π«π·β¨Β #psg #indonesia #aurafarming
Apa Itu Pacu Galur Dan Bagaimana Boleh ‘Mendunia’?
Pacu Jalur ialah lumba perahu tradisional yang berasal dari Kabupaten Kuantan Singingi, Riau, Indonesia.
Perlumbaan itu melibatkan bot panjang yang didayung oleh beberapa orang, dan merupakan bahagian penting dalam warisan budaya masyarakat Kuantan Singingi.
Sejarah acara ini bermula pada abad ke-17, di mana Jalur menjadi alat pengangkutan utama penduduk kampung di Rantau Kuantan iaitu kawasan sepanjang Sungai Kuantan yang terletak di antara Daerah Hulu Kuantan di bahagian hulu hingga ke Daerah Cerenti.
Pada zaman penjajahan Belanda, Pacu Jalur adalah sebahagian daripada perayaan kelahiran Ratu Wilhelmina setiap 31 Ogos.
Selepas kemerdekaan Indonesia, acara ini telah dialihkan untuk menjadi sebahagian daripada peringatan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia.
Bukan sahaja menyambut 17 Ogos, acara ini juga rutin diadakan pada hari raya Islam, seperti Aidilfitri, Aidil Adha, atau Tahun Baru Hijrah.
Tradisi ini secara beransur-ansur berkembang menjadi agenda pelancongan tahunan yang sangat dinanti-nantikan.