Ada sebahagian daripada kita memang peramah orangnya, walaupun tidak mengenali seseorang tetap bertanya khabar dan seumpamanya apabila bertemu di luar sana.

Bagaimanapun, niat baik seorang rider yang hanya bermanis mulut terima padah apabila tugasannya telah digantung.

Hal ini tular di sejumlah platform media sosial yang mana memperlihatkan satu tangkap layar luahan seorang pelanggan yang mendakwa sikap terlalu peramah seorang rider ini mengundang rasa tidak selesa kepadanya.

“ Share sini sebagai langkah berjaga-jaga. Saya dah kawan2 menyewa homestay kerteh sepanjang business trip kami. Masa GrabFood sampai, rider ni duk tanya2 menyewa berapa lama, duduk sorang ke. Tahu tak benda tu boleh mengancam keselamatan kami!!?,” tegasnya.

Dia juga berharap agar pihak Grab tidak melantik rider berkenaan untuk tugasan penghantaran lagi.

Pak cik
Sumber Gambar: FB

Wanita itu dimaklumkan oleh warga kerteh sendiri bahawa pak cik itu memang peramah bagaimanapun dia masih tidak meminati dengan tindakan itu.

Susulan itu, si isteri kepada rider itu bukan sahaja telah memohon maaf ke atas tindakan suaminya yang peramah itu dan memaklumkan telah disekat oleh pihak Grab daripada bertugas lagi.

Melihat reaksi para netizen di media sosial, ramai yang tidak bersetuju drngan tindakan Grab yang menyekat rider tersebut daripada bertugas disebabkan keramahan dengan orang tidak dikenali.

Dalam pada itu, ada juga berpendapat ada sebahagian individu terutamanya wanita yang risau akan keselamtan mereka jika ditanya pelbagai soalan peribadi.