Pak Cik penjual petai membuatkan netizen tumpang simpati kepadanya.
Pak cik petai telah menunjukkan kemarahannya kepada pegawai penguatkuasa yang melarangnya berniaga di tepi jalan.
Peniaga tersebut menegaskan bahawa dia bukannya berniaga sepanjang hari di tempat itu.
Sambil mempersoalkan, jika dia tidak boleh berniaga menjual petai, apa lagi dia boleh lakukan untuk mencari wang? Adakah dengan melakukan jenayah seperti menjual dadah dan menjadi penyamun.
Pak cik penjual petai cuma cari sesuap nasi
Dia berkata: “Nak cari sesuap nasi pun tak boleh, dekat negara sendiri. Nak buat macam mana. Bukannya hari hari saya berniaga, 24 jam.
“Nak saya buat apa, jual dadah? Jadi penyamun,” kata lelaki itu dalam nada terkilan dan kecewa.
@dak_him Tangan seluk pocket, melayu tindas melayu.warga asing bersepah niaga tak nak kacau..pakcik tu niaga pakai moto, bukan pacak khemah.kat malaysia pun ada sifat macam ni “biru putih” apa nak jadi tak tau la. #pakcikjualpetai #trending #foryoupage #fyp
Beberapa individu lain membantu dia mengutip petai yang dibalingnya ke atas jalan raya.
Penjual petai tersebut menyuruh mereka mengambil sahaja petai tersebut dan dia sedekahkannya. Namun rata rata mereka meletakkan semula petai itu ke dalam bakul peniaga tersebut.
Pak cik tersebut jelas sudah berputus asa dengan apa yang menimpanya.
@papaqaireen88 up bukan utk mengaibkan..tp sedih lihat pak mertua di perlakukan mcm tu..cuma mencari rezeki…#itsmefaizal #fypvideo #gengbatugoreng #pejuangrezeki #fyp #fypシ゚ #abglori #tiktokmalaysia #viral #abgpergiberjuang #abgloritiktok #viralvideo #mppdproblem #mppd
Anak kepada pak cik tersebut menyatakan dia bukan berkongsi video tersebut untuk meraih simpati. Cuma berharap ia menjadi pengajaran kepada semua.
Netizen tumpang simpati
Netizen tumpang simpati dengan pak cik penjual petai tersebut. Mereka faham dengan cabaran ekonomi pada hari ini terutama sekali Hari Raya dah semakin dekat.
Dan menyatakan bahawa penguatkuasa juga tidak boleh dipersalahkan. Kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka.
Yang lain mencadangkan budi bicara adalah paling penting dalam situasi tersebut. Memandangkan pak cik penjual petai itu menurut mereka bukannya membuka khemah jualan atau gerai haram.
Seterusnya ada juga yang berpendapat: “Selalunya perkara seperti ini berlaku bila ada orang lain yang membuat aduan atau laporan.”
Selain itu ada juga yang meminta orang ramai atau peniaga yang berniaga di sekitar agar memberikan sedikit timbang rasa kepada peniaga yang berniaga atas motosikal seperti pak cik penjual petai itu.
Seorang lagi netizen teringat kepada arwah ayahnya dulu yang turut meniaga seperti pak cik tersebut menggunakan motosikal. Itulah antara cabaran ayahnya membesarkan anak anak.
Yang lain pula akui sebak terdengar ayat pak cik tersebut dan berharap dia dikurniakan rezeki lebih baik.