Pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil memuji Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana menyediakan tempat untuk rider berteduh.
Menerusi hantaran video TikTok @datukaznilnawawi beliau menyatakan ini kali pertama melihat kawasan untuk seperti itu.
Baca Juga:
- Pak Nil Dipuji Tenang ‘Handle’ Situasi Dengan Pelancong China Yang Riuh
- Pak Nil Kongsi Video Sambut Hari Lahir, ‘Kedai Runcit’ Dalam Rumah Pula Jadi Perhatian Netizen
- Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
“Mula-mula tertanya juga apa yang rider buat dekat sini. Pertama kali Pak Nil terserempak dengan Rider’s Pit ini. Syabas MPS,” ujar Pak Nil.
@datukaznilnawawi Mula2 tertanya jugak, rider2 ni buat apa kat sini? Pertama kali Paknil terserempak dengan RIDERS’ PIT ni Syabas @Majlis Perbandaran Selayang
Tempat untuk rider berteduh itu terletak di satu lorong antara dua bangunan kedai serbaneka Mana Mart dengan kedai gambar di Selayang.
Lorong tersebut ditambah bumbung serta tempat duduk yang menyelesakan para penunggang motosikal.
Pak Nil meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat. Pada masa sama beliau turut berkongsi rezeki dengan menyulurkan RM50 kepada setiap rider yang ada pada ketika itu.
Rider-rider tidak melepaskan peluang untuk merakam detik-detik didatangi individu popular tersebut.
Video itu mendapat pujian netizen ke atas inisiatif MPS itu dan pada masa sama Pak Nil sendiri yang ‘sempoi’, serta murah hati untuk berkongsi rezeki bersama para rider.