Bila sebut nama Warren Buffett, pasti ramai terbayangkan hartawan berjanggut putih dengan kekayaan mencecah lebih USD 152 bilion dan ramai juga yang jadikan beliau dalam bab kewangan.

Tapi apa yang ramai tak tahu—atau mungkin susah nak percaya—ialah betapa ‘low-key’ dan bersahajanya gaya hidup lelaki yang digelar Oracle of Omaha ini.

Bagi rakyat marhaen, gaya hidup Buffett bukan sekadar pelik untuk seorang billionaire, tapi penuh pengajaran kalau kita benar-benar nak bina kekayaan.

Menerusi laporan dari New Trader U, ada beberapa keputusan kewangan yang sering dilakukan oleh kelas pertengahan — dan Buffett sendiri tak pernah sokong perkara-perkara ni.

Beli Kereta

Buffett tak pernah beli kereta baru setiap tahun, malah dia pernah bawa Cadillac model 2006 selama hampir satu dekad.

Logiknya? Kereta bukan simbol status. Ia cuma alat untuk bergerak dari titik A ke titik B.

Kewangan

Ramai orang kelas pertengahan sanggup berhutang puluhan ribu ringgit demi kereta baru, padahal nilai kereta jatuh bila-bila masa.

Buffett ajar kita — lebih baik beli kereta terpakai yang masih elok dan gunakan duit lebihan tu untuk melabur.

Hutang Kad Kredit: Perangkap Senyap Kewangan

Satu lagi perangkap besar? Hutang berbunga tinggi. Buffett tak pernah terperangkap dalam hutang kad kredit.

Katanya, “Kalau saya pinjam dengan kadar faedah 18% atau 20%, saya dah lama bankrap.”

Kewangan

Kita kena ingat — walaupun nampak kecil, bunga kad kredit boleh makan duit kita hidup-hidup.

Judi Tak Bawa Kekayaan

Buffett juga sangat kritikal terhadap perjudian dan pembelian tiket loteri. Katanya, itu bukan pelaburan. Itu hanya berharap nasib baik datang tanpa sebarang asas.

Sedangkan dia sendiri ambil risiko dalam perniagaan atau pelaburan yang boleh dikira dan dianalisis.

Rumah Tak Perlu Besar

Siapa sangka seorang billionaire masih tinggal di rumah sederhana yang dibeli pada tahun 1958? Buffett bukan tak mampu beli rumah agam dengan kolam renang dan lif peribadi — tapi dia tak nampak logiknya.

Bagi dia, rumah adalah tempat tinggal, bukan pelaburan yang makin mahal.

Kewangan

Rumah besar datang dengan kos besar: bil elektrik tinggi, cukai lebih, kos penyelenggaraan, dan perabot pun perlu banyak.

Buffett percaya beli rumah ikut keperluan, bukan ego. Baki wang? Simpan dan labur.

Pelaburan Pelik

Ramai orang kelas pertengahan terjebak dengan produk pelaburan yang pelik-pelik — dari skim cepat kaya, kripto tanpa asas, sampai ke derivatif yang tiada siapa faham. Buffett elak semua tu.

Dia lebih suka pelaburan mudah: dana indeks berasaskan pasaran luas. Murah, mudah, dan hasilnya stabil. Buffett pesan: “Jangan labur dalam benda yang kita sendiri tak faham.” Logik yang mudah, tapi selalu diabaikan.