Pasukan Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) telah menjalankan satu kajian komprehensif menunjukkan sikap sambil lewa menjadi faktor utama sebahagian besar Bumiputera Melayu tidak maju dalam pendidikan.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, antara aktor lain yang menyebab ramai Melayu menolak kepentingan pendidikan seperti kemiskinan, tidak minat pada kurikulum sains & matematik, dan kurang sokongan keluarga.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

“Mudah cakap, buat apa pun program, labur sebanyak mana pun duit untuk membangunkan pendidikan Bumiputera Melayu dan bantu sehebat mana pun, jika sikap sambil lewa terhadap kepentingan pendidikan masih menebal, dibimbangi semua usaha akan gagal,” petik perkongsian Facebook Dr Anuar.

Sumber Gambar: Facebook Anuar Ahmad

Difahamkan beliau dan pasukan mengambil masa dua bulan untuk mendapatkan ‘jawapan’.

Satu kajian mendalam dengan bersemuka bersama 600 peserta dalam kalangan orang Melayu. Temu bual itu dibuat di empat zon Semenanjung Malaysia. Setiap satu sesi mengambil masa lima hingga enam jam.

Tambah beliau lagi, 8,000 responden menjawab soal selidik secara online. Sementara 250 orang lagi dikategorikan kepada 15 kumpulan pakar atau peneraju mengikut bidang termasuk pemimpin industri bukan Melayu.

Memetik perkongsian Dr. Anuar lagi, hasil menemubual 24 orang Melayu yang telah berjaya dan sedang bekerja di luar negara mendapati bahawa perkara pertama yang telah mereka lakukan ialah mengubah sikap dan berusaha keras untuk berjaya untuk berjaya di bumi perantauan.

“Misalnya, ada anak Melayu dari Pasir Mas yang telah berjaya di Silicone Valley US. Ada anak Melayu yang belajar dengan duit sendiri di US dan akhirnya menjadi jurutera utama di kilang automotif terkenal di US.

“Ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang Perubatan di Jepun dan Australia. Ada anak Melayu yang berjaya menjadi ketua jurutera di Dubai.

“Semua mereka bersetuju. Jika Melayu mahu maju, pertama sekali ubahlah ‘SIKAP LEWA’ dan bersungguh-sungguh berusaha untuk mencari kejayaan dalam pendidikan. Jangan tunggu bantuan. Ada masanya usahalah sendiri,” kongsi Dr. Anuar.