Baru sahaja tular satu kejadian yang berlaku di Rawang, mengenai seorang lelaki cedera akibat kakinya terpijak paku ketika joging di bahu jalan.
Nampaknya masih berlaku lagi satu kejadian serupa pada malam tadi, tetapi kali ini di Lebuh Raya Karak di mana melibatkan 30 buah kereta tersadai kerana mengalami kebocoran pada tayar akibat terkena paku yang berteraburan di atas jalan raya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di sebuah lebuh raya sebelum masuk Tol Karak pada pukul 10 malam tadi.
Menurut pengguna TikTok itu, semua kenderaan yang lalu pada waktu tersebut mengalami nasib malang yang sama.
Jelasnya lagi, Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua tayar yang bocor itu terkena jenis paku yang sama. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkena.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian itu.
Dalam pada itu, netizen turut memohon pihak berkuasa untuk melakukan siasatan segera kerana perkara ini telah membahayakan ramai pengguna jalan raya.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menafikan terdapat unsur khianat susulan kenderaan tersadai akibat tayar pancit yang didakwa terkena serpihan besi bertaburan di atas jalan.
Difahamkan mereka juga telah mengutip kesemua logam dari lokasi kejadian semalam. Polis sedang giat mencari dalang disebalik paku bertaburan di lokasi terbabit.