Bulan Mei lalu, sudah tertiris gambaran pertama model adidas Prophere ‘Cell’ dan melalui laman Instagram dreamcollector1, ini adalah pandangan awal untuk model adidas ZX 500 ‘Goku’.

Ini adalah imej terbaru untuk rekaan awal ZX500 ‘Goku’ ini dan dapat dilihat adidas menggunakan skema warna pakaian Goku untuk mewarnakan model ini. Logo 悟 (Go) juga dapat dilihat pada bahagian tumit kasut ini.

https://www.instagram.com/p/Blg3N-lFFkK/?taken-by=dreamcollector1

Tapak BOOST digunapakai untuk keselesaan pengguna ibarat memijak ‘awan guling’ di dunia sebenar. Ada yang mengatakan ini adalah edisi fake untuk model ini tetapi telah disangkal oleh dreamcollector1.

Koleksi kolaborasi ini dijangka akan mula dipasarkan Ogos depan dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi adidas untuk koleksi ini.