Baru-baru ini tular kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan memecut di lorong kiri sehingga salah satunya hilang kawalan lalu kemalangan.
Menerusi rakaman dashcam yang tular, sebuah kereta Nissan mengekori kereta di hadapannya sebelum hilang kawalan apabila dipercayai cuba memotong di lorong kanan.
Baca Juga:
- Pegawai Penyiasat Ada Alasan Tersendiri Padam 2 Video ‘Dashcam’ Rakaman Detik Zaharif Dilanggar
- Pemilik ‘Dashcam’ Langgar Arahan Marshall Konvoi Tak Bertauliah Curi Perhatian Ramai
- ‘Nasib Ada Dashcam, Baru Orang Percaya’ – Pemandu Terkejut Nyaris Langgar ‘Motosikal Hantu’
Insiden itu menyebabkan kereta dashcam turut terlanggar kereta Nissan yang terbabas dari lorong kiri jalan masuk ke tengah jalan.
Kereta dashcam lah punca orang kena potong dari kiri, tolonglah, ikut kiri kalau tak memotong, bagi orang laluan… Beberapa tahun lalu, situasi macam inilah yang menyebabkan insiden maut kat Penang bridge.
— Ng Siak Hooi🇲🇾 (@siakhooi) April 5, 2025
Tatkala orang ramai ‘menyalahkan’ kereta Nissan dan kereta di hadapannya yang dipandu terlalu laju, ada netizen yang menunding kesalahan terhadap kereta dashcam.
“Kereta dashcam lah punca orang kena potong dari kiri, tolonglah, ikut kiri kalau tak memotong, bagi orang laluan. Beberapa tahun lalu, situasi macam inilah yang menyebabkan insiden maut dekat Penang bridge,” kata seorang netizen.
Komen itu tidak dapat diterima oleh warga X yang lain.
Ramai menyatakan kelajuan dan lorong pemandu kereta dashcam bukan punca kemalangan.
Pada awal video, kereta dashcam yang berada di lorong kanan segera menukar ke lorong tengah dengan kelajuan sekitar 125km/j. Warganet berpendapat kelajuan kereta tersebut sudah pun bersesuaian dengan lorong yang digunakan.
Sementara kemalangan pula berlaku disebabkan kedua-dua kenderaan di lorong kiri yang memecut dengan kelajuan tinggi sehingga menyebabkan salah satunya hilang kawalan semasa cuba masuk memotong di lorong kanan.