Sebelum ini, Zarina Anjoulie sering menayang kisah percintaan dengan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di Instagram dan TikTok. Akan tetapi, Zarina dilihat telah memadam gambar mereka daripada tatapan umum baru-baru ini.
Tidak hanya itu, Zarina juga memuat naik satu hantaran di Instagram dengan kapsyen seakan memberi bayangan hatinya sedang remuk dan ramai orang beranggapan bahawa mereka telah putus tunang.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Susulan itu, Khazrul akhirnya menjawab persoalan mengenai pergolakan yang berlaku dalam hubungan mereka menerusi satu hantaran di TikTok Story miliknya.
Difahamkan, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Zarina dan berharap mereka akan terus bersahabat.
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,
“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama.” tulisnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Zarina selepas perkongsian Khazrul.