Netizen menyampah dengan pasangan suami isteri yang memuat naik video mereka bengang mendengar kanak kanak menangis dalam feri yang mereka naiki.

Menurut netizen, mana ada ibu bapa yang suka anak mereka menangis di tempat awam. Dan ianya perkara yang paling sukar untuk ibu bapa.

Lebih membuatkan netizen geram pasangan suami isteri tersebut lebih rela meletakkan telefon pintar di hadapan mereka untuk merakam detik mereka sedang bengang.

Kenapa tak gunakan sahaja telefon itu dengan fon telinga untuk mengelakkan bunyi bising tersebut. Atau melayan konten di media sosial untuk membunuh waktu.

@jodohfinder

Budak nangis dalam feri boleh jadi hal #feri

♬ original sound – Jodoh Finder – Jodoh Finder

Biasalah kanak kanak menangis

Ada yang menyuruh pasangan tersebut untuk menyewa sahaja feri peribadi untuk mengelak masalah seperti itu. Ini kerana kanak kanak menangis ini perkara biasa.

 

Ramai juga berkongsi pengalaman mendengar tangisan anak kecil termasuk dalam pesawat. Namun nak buat macam mana? Kata mereka.

Pasangan

Ada juga yang berharap pasangan tersebut agar mendapat ramai anak selepas ini. Seterusnya yang lain mengingatkan mereka bahawa mereka boleh memilih untuk tiada anak namun tak ada hak untuk memilih kehidupan tanpa anak kecil di sekitar mereka.

 

Seorang lagi netizen akui video seperti ini membuatkan dia jadi bimbang untuk membawa anaknya keluar berjalan jalan. Kerana risau anaknya sukar dikawal dan kemudian ditularkan pula di media sosial.

2

Menjengah ke ruangan komen, suami wanita itu ternyata mempertahankan tindakan mereka menghasilkan konten seperti itu untuk tatapan umum. Menunjukkan perasan bengang mereka menaiki feri mendengar kanak kanak menangis.

Dan dia menyalahkan ibu bapa yang tak pandai mendidik anak untuk berkelakuan sopan di khalayak umum. Dan dia tak mahu memadamkan video tersebut seperti yang disarankan netizen.

1