Pada usia remaja sememangnya ramai yang ingin menunjukkan ‘hebat’ di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun tak semuanya berakhir dengan baik dan menyebabkan masalah kepada orang lain.

Baca Juga:

Tular satu video dimuat naik X.com @update1111 menunjukkan sekumpulan remaja menaiki motosikal mahu beredar dari tempat lepak mereka.

Salah seorang daripada mereka menunjukkan aksi ‘wheelie’ di hadapan orang ramai.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila remaja berkenaan dan pemboncengnya terjatuh, lalu motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah Myvi putih yang baru masuk ke lorong berkenaan.

Ramai mengecam tindakan remaja tersebut kerana menyusahkan pemilik kereta Myvi terbabit.

“Sakitnya hati tengok. Entahkan itu saja kereta yang dia ada.Dah nak kena hantar repair pula. Memang menyusahkan betullah budak-budak ini,”

“Tak pasal kena bayar ganti rugi kereta rosak Myvi tu. Otak letak kat lutut,”

“Main motor tak salah, tapi yang salahnya cara menunggang dan salah tempat nak menunjuk,” petik komen-komen yang dihantar oleh warganet.