Pasangan suami isteri berdepan pengalaman mistik ketika mereka sedang bekerja di A’Famosa Villa, Alor Gajah.

Pasangan tersebut yang memenuhi tempahan untuk kerja berinai, terpaksa meminta bantuan bomba kerana tersesat.

Ketika diselamatkan oleh Bomba, salah seorang pegawai bomba sempat memberitahu pasangan suami isteri tersebut bahawa tempat tersebut keras.

Pasangan suami isteri sesat

Menurut perkongsian oleh Ashira Shira, dia berkata: “Saya dan husband, otw ke A’Famosa Villa untuk job henna. Kitaorang ikut google map tapi entah macam mana kitorang terbabas ikut satu jalan pelik lalu bawah flyover lama.

“Waktu tu dah senja maghrib (7:25pm) dah rasa tak tak sedap hati suruh husband patah balik tapi dia cakap “ada jalan tar ada laluan mesti boleh jumpa jalan besar” masih teruskan perjalanan sebab fikir maybe sekejap je lagi dah nak sampai kan.

“Tapi makin masuk makin jauh. Kiri kanan sempit. Tak boleh U-turn. Kereta mula tersangkut dalam lumpur. Ahhh sudah,” tulisnya.

'Tempat Ini Keras', Pasangan Suami Isteri Alami Pengalaman Mistik 'Kena Bawa'

Ashira meneruskan ceritanya: “Saya sempat call customer inform kitorang sesat. Diorang cuba nak hantar orang datang tolong. Tetapi bila sampai dekat-dekat area tu, diorang pun tak berani nak teruskan.

“Diorang cakap tempat tu lain macam sangat. Saya tak paksa takut jadi apa-apa pulak dekat orang lain.

pasangan suami isteri

“Sambil tunggu saya call 999, saya cakap: ‘Kitorang sesat, boleh hantar bantuan tak? Kereta kami stuck, tak boleh gerak’. Tapi dispatcher jawab: ‘Call towing lah’.”

“Ya Allah Ya Rabbi. Masa tu rasa hilang harapan sangat. Saya cuba sekali lagi, call bomba terus. Kita cuba sedaya upaya tolak kereta keluar dari lumpur, dah la gelap, takut sangat, takde lampu, takde sorang manusia pun lalu masa tu.

“Kita ada lampu kereta dengan powerbank je. Adrenaline rush, saya dengan husband tolak dengan seluruh tenaga yang ada. Sampai sekarang badan saya sakit hahahahaha masa tu, dah tak fikir apa cuma fikir: ‘Kita kena keluar dari tempat ni’.

1

“Nak menangis tapi tahan. Husband pun tak give up. Kita sama-sama takut. Sumpah takut. Tak tahu kitorang kat mana, tak tahu siapa boleh tolong. Allah je boleh tolong. Alhamdullillah abang-abang bomba sampai pukul 8:34 malam.

“Diorang pun macam tak percaya kereta kitorang boleh lalu situ. Abang bomba cakap ‘Tempat ni keras’. Tak sepatutnya ada orang sampai sini. Kitorang naik 4×4 pun seriau nak masuk. Korang dah kena “bawa” ni,” kata Ashira lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai juga yang pernah terkena pengalaman mistik dipercaya dah kena ‘bawa’.

2

“Terbaik abang bomba. Takut oo.. Sebelum ini pernh masuk jalan kecil macam ni dekat Kuala Lipis seram yakmat kena malam pun pernah. Siang hari pun pernh kena dekat kampung, dah tempt macam ni memang takut kiri kanan hutan je semua sebb ikut waze,” tulis seorang netizen.

Yang lain ternyata kecewa dengan cara pegawai dispatcher yang dianggap tidak membantu pasangan suami isteri tersebut.

Netizen lain berkata: “Rasanya bleh tu detect siapa yang bertugas angkat call sis ni,check panggilan pukul berapa,no fon sis ni,boomm yang bertugas tu patut kena tatatertib.”

Apapun rata rata akui gembira melihat pasangan suami isteri itu akhirnya selamat dikeluarkan dari tempat tersebut.

Sumber