Skuad kebangsaan Singapura terus menjadi bahan ketawa di rantau Asia Tenggara selepas mereka tewas kepada kelab Jepun dalam satu perlawanan persahabatan.
Pasukan dari seberang tambak itu tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa dengan mana-mana negara dalam jendela FIFA kali ini dimana mereka mengatur aksi menentang dua kelab Jepun sebagai ganti.

Baca Juga:
- ‘Miskin Budaya’ – Hadiah Peminat Singapura Kepada IShowSpeed Jadi Bahan Ketawa
- Reaksi IShowSpeed ‘Terpaksa’ Puji Burger Smashed Dari Singapura Jadi Perhatian
- Peminat Malu Singapura Tewas Kepada JDT
Ketika turun menentang FC Tokyo, skuad kendalian Takayuki Nishigaya tidak mampu untuk memberi saingan dimana mereka tewas dengan keputusan 4-0.
Keputusan ini terus dijadikan sebagai bahan ketawa oleh media dan peminat di rantau Asia Tenggara memandangkan Singapura sebagai satu negara tidak mampu untuk menewaskan kelab.
Situasi sama berlaku ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada September lalu yang mana Singapura tewas dengan keputusan 3-0.
Dalam perlawanan itu, ketiga-tiga gol dijaringkan oleh oleh Nazmi Faiz dalam separuh masa pertama, Mohamadou Sumareh, dan pemain import baru dari Colombia, Jorge Obregon pada separuh masa kedua.
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan peminat negara jiran nyata kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan mereka yang dianggap kurang memberangsangkan.
Selepas ini, The Lions bakal turun menghadapi Tokyo Verdy sebagai penutup bagi jendela perlawanan FIFA kali ini.
Singapura akan beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric dimana mereka diletakkan dalam kumpulan A bersama Kemboja, Malaysia dan Thailand.