Tular baru-baru ini apabila seorang peniaga Kemboja yang mencari rezeki di Malaysia mendakwa bangsa Melayu sebagai malas. Kenyataaan yang dibuat telah mengundang kemarahan kaum Melayu serta turut menerima sekitar 14 laporan polis.

Selain itu, terdapat juga netizen yang memanjangkan isu tersebut kepada Tunku Makhota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim.

Baca Juga:

@ohbulanofficial

Replying to @Azrul Indahouse haaaaa tahu nak menggelupur minta maaf 🤭 #ohbulan #sembangentertainment #madamemariyah #makcikkemboja #mintamaaf #rakyatjohor

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Menerusi video terbaru yang dimuat naik, peniaga Kemboja ini telah tampil dengan video terbaharu yang dipercayai ditujukan kepada TMJ selepas beliau dapat menetap dan berniaga di negeri Johor.

“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, patik terlalu sedih, terima kasih Tuanku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai lagi orang Tuanku, terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Menerusi respon Tunku Ismail, baginda merujuk kenyataan terdahulu dikeluarkan beberapa pemimpin Melayu sebelum ini, antaranya kenyataan seperti ‘Zaman Ketuanan Melayu telah berakhir’ dan ‘Melayu malas’, tetapi tiada pihak meminta baginda mengambil tindakan.

Peniaga Kemboja ini dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara rasmi selepas dakwaan yang dibuat nyata melukakan hati orang Melayu.

Sumber