Sejak semalam tular beberapa gambar menunjukkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima dua buah model Peugeot 408 siap livery rasmi kereta peronda.
Gambar yang dikongsi Facebook Asyraf Kangoo itu telah menarik ramai perhatian warganet.
Baca Juga:
- Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji
- PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?
- Honda City Bakal Jadi Kereta Peronda PDRM Terbaharu?
Menurut portal Paultan.org, kedua-dua unit tersebut merupakan dipinjamkan oleh Peugeot Malaysia untuk penilaian sebagai kereta peronda badan kerajaan tersebut.

Difahamkan kereta tersebut akan diuji di lapangan sebenar untuk satu jangka masa ditetapkan — sama seperti BMW M3, BMW X3 dan Volkswagen Tiguan, pada tahun 2021 lalu — sebelum dipulangkan semula kepada pengeluar tanpa sebarang kos.
Sementara itu, Facebook Asyraf Kangoo menyatakan Peugeot 408 yang diserahkan kepada PDRM itu merupakan varian ‘Allure’, yang menawarkan lebih banyak ciri dan peralatan berbanding dengan model asas.
Pada masa sama kedua-dua kereta tersebut merupakan model kereta yang dipasang tempatan oleh Stellantis Gurun, Kedah.
