Influencer dan juga peguam, Reina Lum menjawab kritikan ke atas kerajaan yang membawa beberapa rakyat Palestin ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber daripada Harian Metro, seramai 127 orang rakyat Palestin diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka terdiri daripada 41 pesakit dan 86 waris. Mereka diterbangkan menggunakan Pesawat pengangkut Airbus A-400M itu mendarat kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.

Lantas ada yang kurang senang dengan tindakan kerajaan Malaysia yang membawa masuk rakyat Palestin untuk membantu mereka. Kerana menurut pengkritik ini, rakyat Malaysia sendiri masih ramai memerlukan bantuan perubatan dan masih tak terjaga.

Reina menyatakan bahawa, rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia adalah atas polisi bantuan perubatan dan mereka adalah di daripada tentera sepenuhnya.

“Semua rakyat Palestin yang datang untuk bantuan perubatan adalah mendapatkan bantuan tersebut menerusi tentera kita,” kata Reina yang menjelaskan bahawa, daripada pesawat, juruterbang dan juga lapangan terbang tempat mendarat, kesemuanya milik tentera Malaysia.

Peguam Ini Pertahan Tindakan Kerajaan Bawa Masuk 127 Rakyat Palestin Untuk Bantuan Perubatan

“Dan semua petugas kesihatan yang menolong mereka adalah daripada tentera.

“Jadi misi ini tidak membebankan atau melibatkan sistem kesihatan awam kita,” tambah beliau lagi.

Seterusnya, Reina tidak mahu menafikan bahawa, semua kos tersebut adalah ‘duit rakyat’ daripada hasil cukai rakyat Malaysia. Namun dia mempersoalkan kenapa perlu mempertikaikan perkara tersebut?

Kerana selama ini ramai rakyat Malaysia selalu menyatakan sokongan kepada Palestin. Jadi, kali ini biarlah kita bertindak membantu daripada sekadar bercakap, tegas beliau.

“Ini adalah salah satu tindakan yang kita boleh ambil, walaupun kita tak mampu menghentikan genosid yang terang terangan salah. Saya rasa ini adalah perkara yang kita boleh lakukan,” kata beliau lagi.

Lalu dia menganggap ianya terpulang kepada penerimaan rakyat Malaysia. Kerana jika perkara tersebut berlaku kepada kita sendiri, kita pun mungkin akan mengharapkan bantuan antarabangsa.

Reina yakin bahawa kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan kebaikan pada satu hari nanti.