Greta Thunberg, remaja berusia 16 tahun dan juga aktivis alam sekitar telah dinobatkan sebagai TIME’s Person of The Year.

Beliau yang masih lagi bersekolah telah menjadi berita utama di seluruh dunia pada tahun ini apabila selalu mencari ‘pasal’ dengan beberapa pemimpin dunia.

Antaranya adalah ucapannya pada sidang kemuncak Iklim PBB pada bulan September lalu yang menyentuh kepada isu pemanasan global dan perubahan iklim dunia yang drastik.

‘Anda telah mencuri impian saya dan zaman kanak-kanak saya dengan kata-kata kosong anda’ – itulah antara bait kata beliau yang menggegar seluruh pemimpin dunia kerana keegoan mereka yang membiarkan dunia semakin hampir ke penghujungnya.

Beliau memulakan kempen alam sekitar bermula Ogos 2018, di mana beliau tidak hadir ke sekolah dan memilih untuk berkhemah di luar Parlimen Sweden sambil memegang papan tanda ‘boikot sekolah untuk perubahan iklim’.

Sejak daripada itu, Greta Thunberg telah mula diundang untuk memberi ucapan kepada negara-negara luar di PBB – dia sempat bertemu dengan Pope dan mengkritik Presiden AS Donald Trump.

World Leaders Gather For United Nations Climate Summit
TIME

Remaja berusia 16 tahun ini juga sering menjadi perhatian warga media sosial apabila memuatnaik pengembaraan beliau ke sesuatu negara dengan menggunakan bot – alasannya adalah untuk menjaga alam sekitar – dan bukannya kapal terbang.

Thunberg berjaya melepasi segala kritikan dan cabaran pada tahun ini, dia berjaya bercakap dengan penuh semangat serta emosi yang tepat bagi menangkap mata setiap manusia.

Walaupun beliau tidak berjaya memenangi Nobel Peace Prize 2019, remaja ini jelas lebih layak untuk anugerah kali ini.

Alam sekitar telah menjadi isu penting buat semua. Kami juga telah menulis beberapa artikel yang mengetengahkan isu ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mudah Tetapi Jijik, Lihat Bagaimana Sistem Pengurusan Sampah Dilakukan Di India

Tanah Perkuburan Ini Dibina Kepada ‘Mereka’ Yang Mati Disebabkan Plastik

Rusa Ditemui Mati Dengan 7 Kilogram Sampah Dalam Perut

 

Sumber