Sedang tular gambar dan video seorang pekerja Auntie Anne’s bernama Alice Chang mencium serta bermain dengan doh roti sehingga membangkitkan kemarahan netizen di media sosial.
Ramai netizen menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan ada juga yang mahu memboikot Auntie Anne’s. Terdapat juga dakwaan bahawa pekerja tersebut merupakan golongan OKU.
Baca Juga:
- Pekerja ‘Resign’ Antara Punca Penerbangan Malaysia Airlines Tergendala
- Subway Dijual RM44.36 Bilion, Jadi Salah Satu Pengambilalihan Rangkaian Makanan Bernilai Tinggi
- ‘Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik’ – Khairul Aming Kongsi Rahsia Tiada Pekerjanya ‘Resign’
Disebabkan insiden itu, Auntie Anne’s cawangan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur terpaksa ditutup sementara untuk proses nyah kuman dan pembersihan menyeluruh.
Perkembangan itu disahkan oleh Auntie Anne’s Malaysia dalam satu kenyataan rasmi dan berkata, pekerja terbabit turut dipecat serta-merta.
Kenyataan itu menyebut Auntie Anne’s Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden berkenaan.
“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia namun dia diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Public Announcement from Auntie Anne's Malaysia
Outlet Midvalley KL, Level 3 pic.twitter.com/hdTNRFHyEA
— Auntie Anne's Malaysia (@auntieannesmy) October 8, 2024
Jelas pihaknya lagi, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.
Auntie Anne’s ialah rangkaian kedai pretzel francais dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Anne F. Beiler dan suaminya, Jonas, pada tahun 1988
Cawangan Mid Valley akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.
“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.