Salah seorang pelajar UPSI yang terselamat dalam nahas jalanraya baru baru ini menyatakan bahawa dia berkali kali menegur pemandu bas untuk memperlahankan sedikit bas yang dipandunya.

Bas tersebut membawa lebih 40 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dan bertembung dengan Perodua Alza dalam kemalangan aneh pada awal pagi Isnin (9 Jun 2025) lalu.

Nahas tersebut telah menyebabkan 15 pelajar maut. Dan salah seoarang manga yang terselamat telah mengimbas kembali pengalaman ngerinya pada malam itu.

UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

Menurutnya bas mereka naiki dipandu laju. Dan dia beberapa kali meminta pemandu bas tersebut memperlahankan bas tersebut. Namun dia kecewa kerana pemandu bas tersebut enggan mengendahkan permintannya – sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Perkara tersebut didedahkan oleh imbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang melawat pelajar terbabit.

Dan pelajar tersebut berkongsi tentang perkara tersebut dengannya. Noraini memberitahu wartawan: “Dia [pelajar tersebut] berkata pemandu itu memandu terlalu laju dan dia menegur pemandu itu berkali-kali supaya tidak memandu terlalu laju.

“Dia masih trauma. Dalam keadaan sebegitu, sesiapa pun pasti akan trauma, apatah lagi apabila kenderaan itu terbalik. Kesan trauma itu dapat kita lihat dengan jelas, jadi kita menawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa dan ahli keluarga mereka.”

Sebelum ini pemandu bas yang terlibat nahas tersebut menyatakan bahawa dia mahu meminta maaf daripada keluarga mangsa kemalangan terutama sekali keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Pemandu tersebut menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku kerana brek bas yang dipandunya tiba tiba tidak berfungsi.

Pemandu Bas Pelajar UPSI Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa