Pada saban hari, minat kepada pembelajaran semakin tidak diendahkan oleh anak muda di luar sana. Mereka mengganggap ia sebagai satu perkara yang membuang masa sahaja dan memilih untuk menjadi influencer atau berkerja gig seperti penghantar makanan.
Perkara ini yang dihadapi oleh seorang influencer dan juga pensyarah di sebuah Kolej Komuniti yang mana dia meluahkan kekecewaan terhadap prestasi akademik para pelajar yang cukup teruk.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Tuan Ridzuan dilihat sungguh kecewa kerana ada di kalangan pelajar yang mendapat markah 0, tetapi tidak menunjukkan sebarang rasa penyesalan. Lebih teruk lagi, mereka masih boleh ketawa sesama sendiri seolah-olah ia satu kebanggaan pula.

Oleh itu, Tuan Rizuan menasihati para pelajarnya untuk mengambil serius perihal pembelajaran dan masih berusaha walapun tidak pandai di dalam satu-satu pembelajaran.
Dalam masa sama, dia cuba mengingatkan pelajarnya bahawa ibu bapa masing-masing sangat berbangga dengan kemasukan ke peringkat kolej tetapi tidak digunakan sebaik mungkin untuk membalas jasa yang diberikan selama ini.

Dalam menitip pesanan, dia kelihatan tidak menahan sebak kerana merasa dirinya gagal menjadi seorang pensyarah dek kerana prestasi pelajar yang terlalu teruk.
Bahkan, dia turut meletakkan teks yang merasakan insiden ini sebagai detik hitam sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib para pendidik yang perlu menghadapi senario tersebut dalam membina anak bangsa yang berkualiti untuk negara.
Dalam masa sama, ramai juta mendedahkan fenomena ini sedang berlaku di semua peringkat tahap pengajian yang mana bukanlah satu perkara yang bagus. Ramai juga risau dengan mental para pendidik yang semakin penat dengan kerenah sebegini.