Walaupun semakin banyak penggunaan kereta dan motor, tidak dinafikan fasiliti untuk pejalan kaki mula dilupakan oleh pihak berwajib. Ada sesetengah kawasan yang memaksa penjalan kaki mengharungi jalan raya besar yang berbahaya untuk ke seberang jalan.

Baru-baru ini, sebuah klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @idlaaan telah menarik perhatian netizen apabila perlu mengharungi jalan raya yang sibuk hanya kerana mahu menunaikan solat jumat di surau terdekat.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar yang sedang bergerak bersama-sama untuk ke surau. Namun disebabkan tiada laluan pejalan kaki yang disediakan, mereka terpaksa melalui jalan raya yang sesak sambil menyelit di bawah jambatan untuk seberang ke jalan bertentangan.

Video tampak lucu kerana pelajar itu memasukkan lagu permainan mobil terkemuka Subway Surfer yang mana mempunyai persamaan situasi di mana perlu mengharungi pelbagai rintangan untuk sampai ke destinasi.

Difahamkan kejadian ini berlaku di Bandar Baru Klang dan sudah lama penduduk di situ menghadapi perkara sedemikian.

Rata-rata netizen melihat ia sebagai satu fenomena yang merisaukan kerana nyawa menjadi taruhan dek kerana tiada laluan pejalan kaki yang lebih baik. Ada yang berkongsi bahawa wujud jambatan untuk dilalui tetapi terlalu jauh sekaligus ramai orang mengambil jalan pintas untuk melintas jalan raya yang sesak.

Pelajar Nak Pergi Solat Jumaat Tapi Laluan Macam ‘Subway Surfers’ Jadi Perhatian
Sumber Gambar: X
Pelajar Nak Pergi Solat Jumaat Tapi Laluan Macam ‘Subway Surfers’ Jadi Perhatian
Sumber Gambar: X

Dalam pada itu, ramai mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang perihal laluan pejalan kaki sewaktu dalam perancangan pembangunan di sekitar itu.