Tular di media sosial keindahan Hutan Simpan Ayer Hitam atau sebuah lokasi popular yang lebih dikenali Blue Lagoon menjadi perhatian netizen.
Hal ini kerana keindahan alam sekitar terutamanya air sungai yang berwarna biru dan jernih itu cukup mengujakan orang ramai.
Baca Juga:
- Sanggup Berhenti Kereta Tepi Jalan, Tempat ‘Healing’ Di Mersing Ini Jadi Punca Jalan Sesak
- Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic
Susulan itu, ramai yang berlumba-lumba mahu mengunjungi Blue Lagoon kerana mahu merasai sendiri pengalaman bermandi-manda di kawasan yang sangat indah itu.

Namun, tindakan orang awam ini telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia kerana difahamkan Hutan Simpan Ayer Hitam itu diwartakan sebagai kawasan larangan dan perlu permit yang sah sebelum boleh melawatinya.
Untuk makluman, Hutan Simpan Ayer Hitam yang dimiliki oleh Universiti Putra Malaysia itu bagi tujuan penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.
Tak selamat dah blue lagoon Kami 😭. Punya lah besar signboard "no entry" ada juga yang menceroboh. siapa yang menceroboh boleh kena denda 10K tau. Tolong lah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ. pic.twitter.com/PopDZppCuP
— Yumi-san 𓂆 (@qayyumraub) February 6, 2024
Menurut pelajar itu, lokasi itu telah pun diletakkan papan tanda besar yang tidak membenarkan orang awam untuk masuk. Namun, masih ada sebahagian individu yang sanggup menceroboh meskipun boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika ditangkap.
Tindakan individu yang terbabit sebenarnya boleh mengganggu gerak kerja kajian yang mahu dilakukan oleh para pelajar dek kerana ekosistem atau muka bumi yang akan terjejas.
Beliau bersuara berkenaan isu itu selepas tular video orang awam yang kononnya mendaki di sekitar bukit itu lalu masuk ke kawasan ‘Blue Lagoon’ kerana terjumpa secara tidak sengaja.

Malah, salah seorang individu yang menceroboh kawasan itu dengan selamba meminta pelajar itu untuk chill dan mendedahkan hanya berada sekejap sahaja di sana.
Dalam pada itu, pelajar itu menerusi ciapan terbaharunya menyatakan anda bahkan tidak boleh mencelup kaki kerana boleh mencemarkan sungai itu.
Malah, beliau menegaskan para pelajar sendiri perlu meminta permit terlebih dahulu untuk melawati kawasan tersebut inikan pula orang awam.
Ciapan beliau sekaligus mendapat perhatian netizen yang mana rata-ratanya meminta pihak berkaitan mengambil tindakan undang-undang terhadap penceroboh yang masuk sesuka hati.


Lebih teruk lagi, ada beberapa netizen turut mendedahkan bukan sahaja mereka menceroboh kawasan larangan malahan melakukan vandalisme di papan tandanya dan bergelimpangan sampah di kawasan berdekatan juga.