Sebuah berita yang mengejutkan bagi industri hiburan Korea Selatan dan juga dunia apabila pelakon filem Parasite, Lee Syun-kyun ditemui mati dalam kereta di Seoul.

Berita kematian Sun Kyun disahkan Balai Polis Seongbuk, Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya, Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Polis turut menjumpai arang dalam kereta Sun Kyun, sekaligus mengukuhkan dakwaan bahawa pelakon berusia 48 tahun itu meninggal dunia akibat bunuh diri ketika masih disabitkan kesalahan pengambilan dadah.

Mayat Lee Sun-kyun telah dibawa ke Hospital Universiti Antarabangsa Seoul untuk bedah siasat walau bagaimanapun pihak keluarganya memilih untuk tidak meneruskannya serta memilih untuk mengebumikan mayatnya pada Jumaat ini.

Lakonan Lee Sun-kyun yang menyerlah dalam Parasite telah membuatkan filem tersebut meraih pelbagai empat anugerah Oscar sekaligus membuatkan lakonan beliau diingati ramai serta kekal ikonik.

Difahamkan Lee Sun-kyun bukan satu-satunya selebriti yang sedang dalam pantauan berikutan pengambilan dadah, malah beberapa lagi selebriti popular Korea Selatan turut berada dalam pantauan kes yang sama.