Menara berkembara KLCC sehingga kini menjadi hotspot buat para pelancong mengambil sebagai kenangan. Kadang-kala mereka dilihat melampaui batas apabila sanggup menghalang lalu demi gambar yang cantik berlatarbelakangan menara terkenal itu.
Seorang pengguna TikTok dengan nama @nadzmio berkongsi sebuah video yang memperlihatkan gelagat segelintir pelancong yang sanggup mengambil gambar di tengah lalu lintas sewaktu jalan sesak dengan kenderaan.
Kelihatan seorang pelancong wanita dalam keadaan terburu-buru mahu posing berlatar belakangan permandangan menara berkembar di tengah jalan.
Sebaik lampu isyarat bertukar hijau, pelancong wanita itu telah dihon oleh salah seorang pengguna jalan raya pada ketika itu kerana sudah mengganggu lalu lintas.
@
Perkongsian video tersebur langsung menjadi perbualan di kalangan pengguna media sosial dan rata-ratanya sangat berpuas hati dengan tindakan mereka yang mengehon kepada pelancong yang menghalang lalu lintas dek kerana mahu menangkap gambar semata-mata.
“Untuk secebis likes, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa. Bertuah punya generasi,” perli seorang pengguna.
“Situasi yang sama dihadapi apabila saya hampir melanggar mereka pada hari semalam,” kongsi seorang netizen lain.
“Menyusahkan,” komen ringkas seorang lagi.
Dalam masa sama, ada yang mendakwa masalah ini berlaku sudah lama berlarutan lebih-lebih lagi selepas lambakan pelancong asing yang datang ke Malaysia pada saban tahun.