Setiap negara memiliki keistimewaannya tersendiri dan bercakap tentang ketepatan masa, negara Jepun adalah antara negara yang cukup mementingkan masa.
Pastinya anda yang sudah pernah melancong ke Jepun tahu betapa cekap pengangkutan awam di sana dimana boleh dikatakan sagat menepati masa. Anda boleh bayangkan kereta api di Jepun lambat? Bukannya satu saat tetapi 10 minit.
Terbaharu, shinkansen iaitu kereta api laju di Jepun dikhabarkan telah lewat 10 minit dipercayai kerana pelancong dari Indonesia. Melalui video yang tular di media sosial, dapat dilihat pelancong Indonesia yang bergambar berdekatan kereta api menyebabkan kereta api tidak boleh bergerak dan terpaksa menunggu pelancong tersebut bergerak.
Viral Turis Indonesia Bikin Shinkansen Telat 10 Menit, Gara-Gara Ini! pic.twitter.com/3nbinP2E1I
— KOMPAS TV (@KompasTV) January 1, 2020
Perkara tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai pihak terutama sekali pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Tokyo. Malah, pihak KBRI telah mengesahkan bahawa pelancong tersebut adalah dari Indonesia dan mengatakan pihak berkuasa Jepun berhak mengenakan tindakan kepada pelancong yang melanggar undang-undang.
Bagi WNI yg sedang berlibur di Jepang, harap mengikuti tata tertib & peraturan di Jepang. Aparat setempat memiliki hak sepenuhnya untuk menahan WN Asing yg melanggar ketertiban maupun hukum Jepang.
Mari kita jaga nama baik Indonesia 🇲🇨. Selamat berlibur! @Kemlu_RI #IndonesianWay— Indonesia in Japan (@KBRITokyo) December 31, 2019
Justeru itu, pihak KBRI mengingatkan agar pelancong dari Indonesia agar tidak melanggar peraturan di mana-mana negara yang mereka lawati. Apakah pendapat anda tentang perkara yang berlaku ini?
Update:Â Menurut laman Kompasiana, dikhabarkan bahawa kereta api laju tersebut memang mengalami kelewatan kerana masalah teknikal dan bukan disebabkan oleh para pelancong tersebut.
Sebelum ini, kereta api di Jepun memohon maaf kepada pelanggannya kerana berlepas 25 saat awal daripada waktu yang telah dijadualkan. Jika anda terlepas artikel tersebut, klik pautan di bawah ini.
Syarikat Kereta Api Jepun Mohon Maaf Kerana Berlepas 25 Saat Awal
AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’