Salah satu lokasi wajib dikunjungi oleh pelancong luar apabila berada di Kuala Lumpur sudah semestinya Jalan Petaling. Di sini menjadi tempat orang ramai mencari barangan tiruan dan juga terokai makanan tempatan di sekitarnya.

Seorang pelancong dari US menerusi satu vlog terbarunya berkongsi pengalaman pergi ke Jalan Petaling yang digelarkan sebagai pasar barang tiruan terbesar di Malaysia.

Mahu terokai seleksi barang

Replika
Sumber Gambar: YouTube

Dia ke sana memang berniat untuk mencari beberapa barang dan juga hadiah untuk pasangannya. Sambil berjalan dan mencari barang yang diminati, dia terjumpa dengan seorang pekerja dari Bangladesh yang menjaga sebuah kedai beg berjenama tiruan.

Kelihatan sejumlah beg dari pelbagai jenama seperti LV, Prada, Channel sedia ditawarkan dengan harga mampu milik. Dari luaran, semua kelihatan sempurna dan  mirip seakan dari butik jualan.

 Baru tahu ada di Malaysia

Pelancong Luar Terkejut Wujud ‘Backroom’ Penuh Barang Berjenama Tiruan Di Malaysia
Sumber Gambar: YouTube

Lelaki itu kemudian menjemput untuk pergi ke tempat rahsia atau istilah biasa yang digunakan di internet sebagai backroom. Selalunya di dalam bilik rahsia ini tersimpan segala barang replika yang berkualiti tinggi dan ditiru seperti original termasuklah kemasan, bahan yang digunakan dan kebiasannya harga juga melonjai naik.

Pelancong itu bersama pssangan langsung ikut pekerja Bangladesh tadi ke satu laluan tangga di celah-celah bangunan kedai di situ. Kawasan bilik tampil tersorok dan dijaga di bawah pengawasan pekerja lain.

Kualiti macam “ori”

Pelancong
Sumber Gambar: YouTube

Di dalam bilik itu, jelas dipamerkan segala jenama beg dan model terkini tiruan dengan kualiti terbaik atau bahasa mudah dipanggil 1 to 1. Dia langsung menerangkan bahan serta model keluaran sambil menjemput pasangan itu merasai sendiri kualiti beg yang ditawarkan di dalam tempat simpanan rahsia ini.

Bagaimanapun, mereka dilihat beredar begitu sahaja memandangkan rasa tidak berbaloi untuk berbelanja ribuan ringgit untuk barang tiruan tersebut.

Mereka juga meluahkan rasa terkejut mengetahui wujud tempat sebegini di Malaysia. Hal ini kerana selalunya ia hanya terjadi di China kerana mereka menjadi pengeluar utama barangan replika.

Selain itu, mereka mencari di kedai-kedai berdekatan dengan harga yang lebih mampu milik. Dia juga ada membeli beberapa beg tangan, dompet, jersi bola sepak dan kasut.

Akhir sekali, dia pergi sebuah kedai yang menjual jam tangan mewah kerana ingin mengetahui sejauh mana kualiti replikai jam dan harganya.

Untuk pengetahuan, satu kesalahan memiliki apatah lagi menjual barangan tiruan yang mana jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan tiruan atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekal