Servis e-Skuter seperti Beam sudah menjadi salah satu alternatif untuk bergerak ke sesebuah lokasi di dalam bandar. Untuk menggunakan e-Skuter pula, sudah ditetapkan di laluan tertentu supaya tidak mengganggu pengguna di jalan raya.
Namun, seorang individu tempatan telah berkongsi sebuah video mempamerkan sikap keras kepala segelintir pelancong yang datang ke sini dengan selamba melanggar undang-undang penggunaan skuter elektrik yang ditetapkan.

Di dalam video tersebut, kelihatan dua pelancong menunggang e-Skuter di tengah-tengah jalan raya yang sibuk di Kuala Lumpur.
Sudahlah menunggang di tengah trafik yang pada dengan kereta, mereka juga dengan beraninya bawa melebihi had muatan. Had laju e-Skuter yang perlahan itu secara tidak langsung turut membahayakan nyawa mereka dan orang lain.
Lebih teruk lagi, kedua-dua individu pelancong itu didapati mengalami kesukaran mengimbangkan badan sewaktu menunggang dan mahu membelok ke simpang lain.
@
Perkongsian video itu lantas menarik perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan pelancong yang sesuka hati melanggar undang-undang membahayakan pengguna jalan raya lain.


Ramai yang berpendapat perlu ada penguatkuasaan yang lebih ketat di dalam perihal e-Skuter ini supaya perkara tidak berulang lagi pada masa kelak.