Seorang lelaki dipuji kerana kebaikannya yang sedia membantu pemandu yang ditempah menerusi aplikasi Grab sewaktu mahu pergi ke sesuatu lokasi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh di akaun TikTok @faraferara, dia memperlihatkan situasi suaminya yang mengambil alih tempat pemandu kerana didakwa terlalu penat untuk meneruskan perjalanan.

Difahamkan dia menempah Grab itu pada waktu Subuh, pemandu itu dikatakan terlalu mengantuk sehingga perlu berhenti seketika untuk rehat.

Pemandu yang ditempah itu bagaimanapun meminta mereka untuk membuat pesanan baru kerana tidak mahu membahayakan penumpangnya.

Bagaimanapun, suaminya meminta izin untuk mengambil alih tugas tersebut mungkin kerana timbul rasa kasihan terhadap pemandu itu apatah lagi kesukaran mencari pemandu baru di saat itu.

Suaminya dengan tenang pandu kereta berkenaan ke lokasi yang ingin dituju di samping pemandu asal yang berehat di sebelahnya buat sementara waktu.

Di pengakhiran, kedengaran isterinya memberi pesanan kepada pemandu itu untuk mendapatkan  rehat secukupnya selepas itu.

@faraferara

bila naik grab time subuh..kesian driver grab mengantuk.. dia berhenti sekali untuk rehat. xlama macam tu dia minta kebenaran untuk tukar grab sebab mengantuk..husband bangun tido n offer bawak kereta.. alhamdulilahh sampaii juga..

♬ original sound – farafaizi – farafaizi

Video yang tular itu langsung meraih perhatian ramai dan rata-ratanya netizen memuji akan tindakan murni pasangan itu yang sedia memudahkan urusan pemandu Grab itu.

grab
Sumber Gambar: TIkTok
Pelanggan Grab Ini Dipuji Sanggup Ganti Tempat 'Driver' Mengantuk Untuk Pandu Sampai Destinasi
Sumber Gambar: TIkTok

Ada yang menyoal jikalau caj penghantaran dibayar separuh, namun wanita itu mendedahkan yang mereka bukan sahaja membayar penuh malahan sedia memberikan tips sebagai sagu hati kerana pemandu Grab itu sanggup mengambil tempahan mereka di waktu sebegitu.