Pemain amatur yang membawa senjata tajam kerambit dalam perlawanan bola sepak peringkat sosial di Pusat Bola Sepak KLFA, minggu lalu dipenjara 14 hari, bermula Jumaat.
Dipetik dari laporan Astro Awani, peonage nasi lemak, Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.
Baca Juga:
- Orang Sama, Pemain Bola Amatur Bawa Kerambit Juga Suspek ‘Wanted’ Baling Bom Molotov Di Pusat Hiburan
- Polis Tahan Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Bersama Kekasihnya
- Polis Cari Pemain Bola Sepak Bawa ‘Kerambit’ Masuk Padang
Nur Iman didakwa menunjukkan senjata berbahaya iaitu kerambit dengan gopoh, hingga membahayakan keselamatan diri orang lain, di pusat bola sepak di Desa Melawati pada 12:45 tengah malam, 4 Ogos lalu.
Kesalahan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, peguam, Muhammad Syawal Mohd Razak merayu anak guamnya diberi hukuman yang wajar serta adil kerana anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya sekadar membantu ibu bapa menjual nasi lemak secara kecil-kecilan.
“Dia yang masih bujang, perlu menjaga ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan. Dia juga mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa depan,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuan Abdul Latif mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan serupa.
“Kes ini mendapat liputan yang meluas, maka hukuman setimpal patut dikenaka bagi memberi mesej jelas kepada masyarakat,” katanya, yang turut hadir bersama seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee.