Kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan Indonesia secara tidak langsung meningkatkan nilai pasukan itu dari segi harga pasaran semasa pemain.
Baru-baru ini, skuad Garuda diperkuatkan oleh dua pemain baharu iaitu Mees Hilgers di posisi pertahanan dan Eliano Reinjders di yang boleh beraksi di beberapa posisi seperti tengah dan menyerang.
Baca Juga:
- ‘Indonesia Patut Nombor Satu’ – Justin Hubner
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Isu Mats Deijl Jadi Bahan Ketawa Peminat Indonesia
Menurut perkongsian seasiagoal di laman media sosial Instagram mereka, Hilgers tersenarai dalam top 10 pemain pertahanan paling bernilai di kalangan pemain dari rantau Asia.
Bintang Indonesia itu berada di tangga ke-9 dimana pemain FC Twente ini mempunyai nilai pasaran semasa sebesar 7 Juta Euro atau sekitar RM32 Juta, nilai sama dengan pemain Australia iaitu Harry Souttar.
Pemain pertahanan Asia paling mahal dipegang oleh Kim Man-jae yang beraksi bersama Bayern Muncih dimana pemain ini mempunyai nilai pasaran sebesar 45 Juta Euro atau sekitar RM211 Juta.
Enam pemain Jepun menduduki tangga ke-2 hingga ke-7 yang mana diisi oleh Takehiro Tomiyasu (35 Juta Euro), Hiroki Ito (30 Juta Euro), Yukinari Sugawara (12 Juta Euro), Ko Itakura (12 Juta Euro), Koki Machida (10 Juta Euro) dan Tsuyoshi Watanabe (9 Juta Euro).
Seorang lagi pemain Australia yang beraksi di Serie A bersama Parma iaitu Alessandro Circati menduduki tangga ke-8 dengan nilai pasaran 8.5 Juta Euro.
Beberapa faktor diambil kira untuk menentukan nilai pasaran semasa seseorang pemain seperti kontrak, umur, permintaan pemain, liga, pengalaman dan juga rekod kecederaan pemain.
Pemain dari rantau Asia semakin mendapat permintaan dimana banyak kelab khususnya di Eropah yang mahu mendapatkan pemain dari rantau ini untuk memperkasakan pasukan selain mahu mempromosikan kelab di rantau Asia.